Fasiliti terlibat:
1.
Latar belakang:
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) merangkumi perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi yang disediakan di rumah untuk memastikan kesinambungan penjagaan pesakit yang didiscaj, menyokong keluarga pesakit melalui latihan penjagaan dalam aspek jagaan pesakit di rumah dan mengurangkan kemasukan semula pesakit ke hospital menerusi penjagaan kesihatan berkualiti di rumah dan komuniti.
Konsep perkhidmatan:
Perawatan pesakit yang dijalankan di rumah sebagai sambungan dari rawatan hospital. Perawatan ini dijalankan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Di samping menjalankan perawatan, anggota kesihatan juga akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penjaga supaya perawatan dan penjagaan dapat diteruskan oleh penjaga selepas tempoh tertentu.
Skop perkhidmatan:
Perawatan
Perkhidmatan perawatan termasuk latihan teknik mencegah berlakunya luka tekanan, pendidikan mengenai rawatan luka dan penjagaan kebersihan, menukar tiub salur makanan, tiub kencing, pemeriksaan darah seperti ujian gula dan mengambil tekanan darah serta penyediaan sokongan emosi.
Rehabilitasi
Aktiviti rehabilitasi bagi kes yang memerlukan termasuk rehabilitasi pergerakan aktif dan pasif serta latihan activity of daily living (ADL).
KRITERIA KEMASUKAN PESAKIT KE PPD
a. Pesakit warganegara Malaysia
b. Kes yang dirujuk dari hospital kerajaan/ klinik kesihatan ke perkhidmatan PPD
c. Pesakit mempunyai alamat rumah yang jelas
d. Pesakit mempunyai penjaga yang sesuai
e. Pesakit tinggal dalam kawasan operasi
f. Mendapat kebenaran bertulis dari penjaga
KRITERIA DISCAJ DARI PERAWATAN DIRUMAH
a. Maksima perkhidmatan diberikan selama 3 bulan.
b. Kes boleh didiscaj apabila penjaga mampu mengambil alih penjagaan pesakit.
c. Atau mana-mana yang terdahulu.
