COVID-19

Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Kes pertama yang dilaporkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China.

COVID-19 menyerang manusia dalam cara yang berbeza. Simptom-simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan. Bagi warga emas, kanak-kanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan kanser adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Simptom serius adalah seperti sukar bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian dada dan pergerakan yang terhad.

COVID-19 berjangkit melalui tranmisi zarah pernafasan manusia dan sentuhan. Apabila berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit yang mempunyai simptom, transmisi zarah akan mudah berlaku apabila mulut dan hidung mereka terdedah. Transmisi zarah juga akan mudah berlaku dikawasan sekeliling pesakit.

Terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) untuk melambatkan transmisi COVID-19,

  1. Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau gunakan hand sanitizer dengan alchohol.
  2. Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang dijangkiti batuk atau selsema.
  3. Kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka.
  4. Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
  5. Duduk dirumah jika berasa tidak sihat.
  6. Kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung.
  7. Amalkan penjarakkan bagi mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai atau sesak.

Sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang sihat atau mengalami simptom – simptom jangkitan.

Pejabat Kesihatan Daerah Segamat menyediakan Covid Assessment Center (CAC) di fasiliti kesihatan:

  1. Klinik Kesihatan Segamat
  2. Klinik Kesihatan Labis

Perkhidmatan pengambilan vaksin COVID 19 mengikut jadual:

LokasiStatusHariWaktuNo Telefon
Klinik Kesihatan SegamatWalk InKhamis 9.00 am – 12.00 pm07-9313334
Klinik Kesihatan Bandar IOIWalk InRabu2.00 pm – 4.00 pm07-9436099
Klinik Kesihatan LabisWalk InIsnin8.30 am – 4.00 pm07-9251500
Walk inKhamis8.30 am – 12.30 pm
Klinik Kesihatan Buloh KasapTemu Janji2.00 pm – 4.00 pm07-9441241
Klinik Kesihatan Batu AnamTUTUP07-9499249
Klinik Kesihatan PemanisTUTUP07-9456673
Klinik Kesihatan JementahTemu JanjiKhamis9.00 am – 11.00 am07-9471321
Klinik Kesihatan Pekan Air PanasTUTUP07-9287008
Klinik Kesihatan ChaahTUTUP07-9263318
Klinik Kesihatan BekokTemu Janji3 Minggu Sekali (Rabu)2.00 pm – 4.00 pm07-9221241

p/s: Segala persoalan tentang vaksin COVID 19 boleh hubungi klinik kesihatan yang terdekat.