Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak adalah salah satu tanggungjawab kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kesihatan khusus bagi golongan ibu dan anak, seawal bayi di dalam kandungan. Sasaran utama adalah bagi golongan ibu hamil dan kanak-kanak yang beumur 6 tahun ke bawah.
Fokus perkhidmatan klinik ini adalah kepada penjagaan kesihatan pra-kehamilan, penjagaan antenatal, penjagaan intrapartum dan kelahiran, penjagaan postnatal, perancangan keluarga dan perkembangan kesihatan kanak-kanak. Klinik ibu dan anak ini terdapat di kebanyakan daerah di seluruh negara.
Tentunya banyak informasi yang ingin setiap ibu perlu tahu mengenai klinik ibu dan anak ini. Bertepatan dengan namanya, klinik ini menyediakan perkhidmatan perubatan kepada ibu dan anak, seawal bayi dalam kandungan sehingga anak mencapai umur 6 tahun.
Masalah kesihatan yang dihadapi oleh ibu hamil; seperti: anemia, hipertensi serta diabetes yang boleh menjejaskan perkembangan serta tumbesaran bayi di dalam kandungan dan boleh mengancam nyawa ibu tersebut.
Pengawasan serta pengendalian kesihatan ibu yang rapi dan berterusan dapat memastikan pengesanan awal yang membolehkan tindakan yang sewajarnya diambil dengan segera.
Dari sinilah wujudnya mekanisme bagi memantau perkembangan ibu dan anak melalui pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak yang menyimpan segala rekod kesihatan ibu hamil.
Selain fungsi utama sebagai pusat setempat pemeriksaan ibu hamil, KKIA berperanan sebagai sebuah klinik perubatan am bagi kanak-kanak. Pemeriksaan perubatan dan kesihatan bagi anak bermula seawal di dalam kandungan ibu, bayi setelah dilahirkan, pemantauan tumbesaran kanak-kanak serta mengenalpasti masalah kesihatan sebelum dirujuk ke pakar yang berkenaan.
Masa rawatan/Operasi klinik:
- Klinik Ibu dan Anak beroperasi pada hari dan sesi tertentu sahaja. Anda perlu mendapatkan temujanji sebelum berkunjung ke Klinik Ibu dan Anak
Bagi yang pertama kali ke KKIA untuk pemeriksaan prenatal dan membuka buku pink, berikut adalah dokumen yang perlu dibawa bersama:
- Kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan suami atau sijil nikah (ibu tunggal tidak perlu)
- Bil elektrik atau air terkini untuk mengesahkan alamat rumah anda
- Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada)
