Klinik Berhenti Merokok sebagai satu projek khas dalam mempertingkatkan skop perkhidmatan Pendidikan Pesakit dengan tujuan untuk memberi panduan, bimbingan dan sokongan kepada perokok-perokok yang ingin berhenti merokok.
OBJEKTIF KHUSUS KLINIK BERHENTI MEROKOK INI ADALAH :
- Memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada perokok tentang bahaya dan kesan negatif merokok.
- Menyediakan bimbingan dan kaunseling individu bagi membantu perokok membuat keputusan untuk berhenti merokok.
- Memberi kemahiran kepada perokok untuk menghentikan tabiat merokok secara terancang dan mengekalkan status tidak merokok.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN DI KLINIK INI IALAH :
- Menyediakan kaunseling individu berhenti merokok.
- Memberikan tips dan panduan berhenti merokok.
- Memberi terapi gantian nikotin untuk perokok-perokok yang mempunyai ketagihan sederhana dan tinggi.
- Pemeriksaan status kesihatan.
