HIV
Apa itu HIV?
Singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus (HIV) menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mendedahkan seseorang kepada AIDS.
- HIV hanya menyerang manusia
- Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV
- Boleh diuji dengan Ujian Antibodi HIV
- Virus yang boleh menyebabkan AIDS
Apa itu AIDS?
Singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.
Acquired : Tidak diwarisi
Immune : Sistem pertahanan badan manusia
Deficiency : Menjadi lemah
Syndrome : Kumpulan penyakit
Apa beza HIV dan AIDS?
HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV.
Dengan rawatan, people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya mengidap AIDS. AIDS cuma sebagai satu indicator terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan.
