Saringan Kesihatan TIBI

TIBI

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna. Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Mycobacterium Tuberculosis) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Selain itu, Tibi juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti perut, mata, selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.