Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

PENGENALAN:

Unit Kawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit ataupun juga di kenali sebagai Non-Communicable Disease (NCD) adalah salah satu unit di bawah Program Kesihatan Awam dan bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ibawah Program Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit secara komprehensif meliputi semua lapisan masyarakat melalui fasiliti kesihatan awam dan di peringkat komuniti.

OBJEKTIF AM

Untuk mengurangkan Kadar Penyakit (Mobidity) ddan Kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan atau penyakit tidak berjangkit supaya ia tidak menyebabkan masalah kesihatan awam, seterusnya mewujudkan masyarakat sihat dan berdaya saing.

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Merancang strategi, pelan tindakan dan keperluan sumber bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti Penyakit Tidak Berjangkit.
  2. Menaik taraf tahap kesihatan penduduk melalui pencegahan dan kawalan penyakit NCD yang berkesan.
  3. Mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan.
  4. Untuk menggalakkan kerjasama dan penglibatan agensi kerajaan, bukan kerajaan serta komuniti ddalam pencegahan dan kawalan Penyakit Tidak Berjangkit.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Aktivit kawalan dan rawatan penyakit Diabetes, Hipertensi dan Kardiovaskular di Klinik-klinik Kesihatan
  2. Aktiviti saringan dan pencegahan Penyakit Tidak Berjangkit melalui saringan di Klinik-klinik Kesihatan (BSSK / PEKA 40 / NSHI / Saringan CVD EnPHC)
  3. Akitivit Pencegahan dan Kawalan Penyalahgunaan Substan ( Alkohol, Dadah, Stimulant, dll)
  4. Aktiviti Pencegahan dan Saringan Kanser
  5. Aktiviti Kesihatan Mental ( Saringan, Rawatan Susulan, Intervensi ddan Rujukan Kes)
  6. Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Tembakau
  7. Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Kecederaan dan Keganasan
  8. Verifikasi Penyebab Kematian (Verbal Autopsy)
  9. Program-program Saringan Komuniti dan Jabatan ( KOSPEN)
  10. Program Pengurusan Berat Badan dan Kecergasan.