Bencana & Trauma
Bencana merupakan satu peristiwa yang melibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa yang boleh berlaku secara semulajadi atau disebabkan perbuatan manusia dalam skala yang besar.
Bencana merupakan satu peristiwa yang melibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa yang boleh berlaku secara semulajadi atau disebabkan perbuatan manusia dalam skala yang besar.
Kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal dalam mengimbangi perjalanan kehidupan seseorang individu. Kedua-dua kesihatan mental dan fizikal mempunyai kesan kepada semua peringkat umur dan saling memerlukan serta penjagaannya tidak boleh diasingkan.
Keengganan bersekolah merujuk kepada pengelakan berterusan kanak-kanak atau remaja dari sekolah dan aktiviti pendidikan yang berkaitan, walaupun terdapat peluang fizikal, psikologi dan sosial yang mencukupi untuk hadir.
Buli ialah tingkah laku agresif berulang yang disengajakan dan melibatkan ketidakseimbangan kuasa atau kekuatan.Terdapat beberapa jenis buli iaitu buli fizikal, buli lisan dan buli sosial.
Gangguan Tingkah Laku biasanya melibatkan individu di bawah usia 18 tahun yang melanggar hak-hak orang lain dan tidak mematuhi perilaku yang sesuai dengan undang-undang atau norma sosial yang sesuai dengan usia mereka.
Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yang serius yang digejalai oleh gangguan dan kecelaruan pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang yang menghidapinya. Gangguan-gangguan ini boleh menjejaskan kewarasan seseorang indidividu seterusnya menyebabkan fungsi hidup seorang individu terjejas sekiranya tidak dirawat pada peringkat awal.
Keadaan psikiatri yang kronik dengan simptom tipikal PMS yang sangat teruk menyebabkan kesihatan mental merosot selama seminggu atau dua sebelum haid anda bermula. PMDD berlaku kepada 5% wanita dalam usia reproduktif mereka. Perubahan mood dalam PMDD boleh mengganggu fungsi sosial, pekerjaan dan lain-lain fungsi penting.
PMS (sindrom pramenstruasi) adalah nama untuk gejala yang boleh dialami oleh wanita dalam minggu-minggu sebelum haid mereka. Kebanyakan wanita mengalami PMS pada waktu tertentu. Anda boleh mendapatkan bantuan jika ianya menjejaskan kehidupan seharian anda. PMS merujuk kepada pelbagai gejala fizikal dan psikologi yang dialami wanita sebelum haid.
OCD merupakan sejenis gangguan mental dimana individu mengalami antara 2 komponen utama iaitu obsesif dalam bentuk pemikiran, keinginan atau bayangan yang tidak diingini ataupun perbuatan kompulsif secara berulang-ulang atau bertindak terdesak terhadap pemikiran obsesif atau bertindak mengikut peraturan yang amat tegar.
Remaja yang mengandung menghadapi lebih banyak cabaran ketika mencapai tonggak perkembangan mereka sendiri, menamatkan pendidikan mereka di awal usia, dan menjaga bayi yang belum dilahirkan. Banyak kehamilan remaja adalah hasil daripada hubungan sedarah, rogol, atau keganasan seksual.