Mengenai Kami

Pontian Kecil Government Hospital

Hospital Pontian dahulunya dikenali sebagai Pontian Kecil Government Hospital telah dibina dalam tahun 1929 dan mula beroperasi pada bulan Jun 1930 bagi mengambil alih Kukup Government Hospital yang mana pada masa itu hanya memberi perkhidmatan outdoor dispensary semenjak tahun 1917.

Bilangan Katil

Hospital Pontian telah digazetkan sebagai Hospital Tanpa Pakar yang mempunyai 155 buah katil bagi 8 buah wad. Dalam tahun 1986, 2 buah wad telah diubahsuai kepada Stor Integrasi Farmasi dan Unit Pengimejan Diagnostik. Enam buah wad yang sedia ada tidak boleh menampung jumlah katil 155 buah, oleh itu trail run telah dibuat dari bulan Oktober-Disember 1991 bagi menurunkan bilangan katil kepada 120 buah mengikut keselesaan dan kepentingan perkhidmatan. Kini Hospital Daerah Pontian dipanggil sebagai Hospital Pontian.

Hospital Pontian
Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor Darul Takzim
Malaysia/ Tel: 07-687 3333