Geografi
Hospital Pontian terletak di Jalan Alsagoff lebih kurang dua kilometer dari pusat Bandar Pontian Kecil dalam Dareah Pontian. Hospital Pontian mempunyai keluasan tapak lima belas ekar. Pembangunan Hospital Pontian telah dibuat secara berperingkat selepas perang Dunia Kedua dan selepas kemerdekaan . Semenjak lima tahun kebelakangan kerja-kerja naiktaraf telah dibuat untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pelanggan.
Perubahan perubahan nama hospital pontian.
-Pontian Kecil Government Hospital.
-Rumah Sakit Daerah Pontian.
-Hospital Daerah Pontian.
-Hospital Pontian
Hospital Pontian pada ambang dan selepas merdeka
1955 – Hospital Pontian telah diisytihar sebagai Hospital Tanpa Pakar.
– mempunyai 155 buah katil untuk 8 buah wad.
1986 – dua buah wad telah diubahsuai untuk dijadikan Stor Integrasi
Bekalan Farmasi Daerah dan Unit Pengimejan Diagnostik
– katil telah dikurangkan kepada 135 dengan enam buah wad.
1991 – Enam buah wad yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah katil
135 buah,
– cubaan telah dibuat selama 3 bulan mulai Oktober hingga Disember
1991 untuk mengurangkan bilangan katil kepada 120 buah katil
mengikut keselesaan wad wad.
1995 – Nama Hospital Daerah Pontian ditukar kepada Hospital Pontian.
Hospital Pontian memberi perkhidmatan kepada penduduk Daerah Pontian dan penduduk yang tinggal berhampiran dengan sempadan Daerah pontian seperti Daerah Batu Pahat, Dareah Kluang dan Daerah Kulai.