BAHAGIAN PENGURUSAN
PENGENALAN
Bahagian Pengurusan merupakan salah satu unit sokongan bukan klinikal di Hospital Segamat yang memberikan perkhidmatan samada secara langsung dan tidak langsung kepada kakitangan dan pesakit di hospital. Perkhidmatan yang diberikan melibatkan empat (4) aktiviti utama iaitu urusan pentadbiran am, sumber manusia, kewangan dan hasil.
OBJEKTIF
Memastikan semua dasar dan program Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan samada di peringkat Jabatan/unit dan hospital secara amnya.
Merancang dan memperbaiki aktiviti-aktiviti kewangan dan pungutan hasil supaya dasar dan matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pengarah Kesihatan Negeri Johor dapat dilaksanakan dan dicapai selaras dengan arahan dan peraturan dari agensi pusat.
Aktiviti
Bahagian Pengurusan Hospital Segamat bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, latihan kakitangan, Kewangan dan pungutan hasil.
Perkhidmatan Latihan
Pengurusan Hospital telah mengadakan beberapa latihan/kursus dalaman bertempat di Dewan Perdana, Hospital Segamat. Okjektif kursus yang di jalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kakitangan Hospital khususnya.
Perkhidmatan Kewangan
Aktiviti Utama Unit Kewangan ialah menerima peruntukan serta menentukan batas perbelanjaan yang dibenarkan bagi setiap aktiviti. Selain itu, unit ini turut bertanggungjwab dalam menyediakan baucer pembayaran bagi pelbagai jenis tuntutan seperti tuntutan perjalanan, pelbagai jenis elaun, pembayaran bil pembekal dan pembayaran gaji. Selain itu, unit ini turut menyediakan Perjanjian Program, Laporan pengecualian, Laporan Perbelanjaan Bulanan, Penyata Penyesuaian Vot (flimsi), Laporan Pembayaran Bil Bulanan serta Laporan Suku Tahun.
Perkhidmatan Pungutan Hasil
Unit Hasil pula bertanggungjawab untuk menyediakan bil hospital kepada semua pesakit dalam, mengutip bayaran, menyediakan Laporan Kutipan Hasil, menguruskan bayaran balik deposit pesakit, menyediakan Penyata Penyesuaian Hasil (flimsi), menyediakan urusan hapuskira, membuat rekupmen deposit khas pesakit serta menyediakan Laporan Bulanan Hasil.
Pada masa kini, urusan pembayaran bil hospital boleh dibuat selepas waktu pejabat sekiranya terdapat pesakit yang dibenarkan pulang selepas waktu pejabat kerana kaunter pembayaran di Bilik Daftar Masuk (BDM) di Jabatan Kecemasan dan Trauma telah beroperasi selama 24 jam sehari. Urusan pembayaran bil di Kaunter BDM memudahkan pesakit ataupun waris untuk menjelaskan bil Hospital sebelum dibenarkan pulang.