JABATAN PSIKIATRI
PENGENALAN
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Segamat menyediakan rangkaian perkhidmatan psikiatri serta terlibat dengan aktiviti latihan dan promosi kesihatan mental di Hospital Segamat.
Antara rangkaian perkhidmatan psikiatri yang disediakan di Hospital Segamat termasuk wad psikiatri (Wad 5) yang merupakan wad yang diwartakan di bawah Akta Kesihatan Mental 2001 yang menyediakan rawatan bagi pesakit dalam secara sukarela dan tidak sukarela. Perkhidmatan rawatan pesakit luar terletak di Klinik Pakar 2 yang menyediakan perkhidmatan pesakti luar, rujukan dan rundingan. Jabatan kami juga mempunyai Unit Komuniti Psikiatri yang menyediakan perkhidmatan psikiatri komuniti berasaskan Hospital yang memberi rawatan secara lawatan ke rumah/ komuniti.
Pada tahun 2020, Pusat Kesihatan Mental Komuniti Segamat (MENTARI Segamat) telah dibuka dan beroperasi di bekas Dewan Sri Anggun, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan)ILKKM Segamat Pusat kesihatan mental komuniti (CMHC) atau MENTARI ialah pusat rawatan penjagaan komuniti yang merangkumi pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan pemulihan mana-mana orang yang mengalami sebarang gangguan mental.
VISI
Peneraju Kesihatan Mental YangTerbaik
MISI
Memberi perkhidmatan perawatan psikiatri yang komprehensif, berkualiti dan berfokus pelanggan
OBJEKTIF
- Membanu pesakit-pesakit yang mengalami masalah gangguan mental bagi memulihkan fungsi sosial dan ekonomi yang optima.
- Mengurangkan bilangan pesakit yang memerlukan rawatan secara institusi dan menggalakan rawatan secara ambulatory.
- Mengurangkan bilangan peakit yang dihantar ke hospital psikiatri.
PIAGAM PELANGGAN
- Pesakit dilihat oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit selepas dimasukan ke wad
- Pesakit dilihat di klinik pakar oleh pegawai perubatan dalam masa 60 minit
SKOP PERKHIDMATAN
1. Klinik Rawatan Luar (Outpatient Service)
Klinik psikiatri dewasa dan kanak-kanak dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Psikiatri kami pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari Selasa merupakan Klinik Kes Baru.
Klinik Lawatan Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja akan dijalankan sebulan sekali mengikut jadual lawatan oleh Pakar Perundingan Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja yang ditetapkan.
2. Rawatan Pesakit Dalam (Inpatient Service)
Terletak di Wad 5, menyediakan 10 katil untuk pesakit lelaki dan wanita yang dirujuk dari Jabatan Kecemasan. Perkhidmatan ini berjalan selama 24 jam dengan 3 syif Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
3. MENTARI (Pusat Kesihatan Mental Masyarakat)
Rangkaian perkhidmatan di MENTARI termasuk :
- Promosi Kesihatan mental
- Saringan dan pengesanan awal isu kesihatan mental
- Intervensi awal
- Pemulihan berasaskan kerja dan pekerjaan yang disokong
4. Servis Komuniti Psikiatri (CPS)
CPS ialah khidmat masyarakat oleh pasukan psikiatri di mana
- Penjagaan dan rawatan dihantar berdekatan dengan rumah (terutamanya kepada mereka yang sering ingkar dari klinik dan dimasukkan ke wad)
- Pengurusan risiko bahaya dalam kalangan pesakit psikiatri
- Intervensi yang diberikan untuk memeperbaiki ketidakupayaan serta gejala
- Rawatan dan peniagaan yang diberikan khusus untuk diagnosis iaitu Skizfrenia, Gangguan Bipolar, Gangguan Kemurungan Utama (dengan psikosis atau bunuh diri) dan Gangguan Otak Organik
- Aktiviti Rawatan termasuk pengurusan simptom, pengurusan ubat, mobilisasi sokongan sosial dan meningkatkan tahap fungsi
JADUAL PERKHIDMATAN
Hari/ Perkhidmatan
|
WAD PSIKIATRI
(W5) |
KLINIK PSIKIATRI
(KP2) |
KOMUNITI PSIKIATRI SERVICE (CPU) | MENTARI SEGAMAT | PERKHIDMATAN PSIKIATRI KONSULTASI LIAISON |
ISNIN | WARD ROUND |
KLINIK SUSULAN KLINIK CLOZAPINE |
HOME VISIT (9AM - 5PM) |
TUTUP | PATIENT ROUND & NEW REFERRAL (8AM - 5PM) |
SELASA | GRAND WARD ROUND | KLINIK KES BARU (9AM - 1PM) |
HOME VISIT (9AM - 5PM) |
PROGRAM SOKONGAN PEKERJAAN & RESTART PROGRAM (9AM - 5PM) |
PATIENT ROUND & NEW REFERRAL (8AM - 5PM) |
RABU | WARD ROUND |
KLINIK SUSULAN |
HOME VISIT (9AM - 5PM) |
PROGRAM TRANSISI PEKERJAAN (AKTIVITI BERKUMPULAN) (9AM - 5PM) |
PATIENT ROUND & NEW REFERRAL (8AM - 5PM) |
KHAMIS | WARD ROUND | KLINIK SUSULAN (9AM - 1PM) KLINIK LAWATAN PAKAR KANAK-KANAK DAN REMAJA (SEKALI SEBULAN) |
HOME VISIT (9AM - 5PM) |
KLINIK KES ULANGAN |
PATIENT ROUND & NEW REFERRAL (8AM - 5PM) |
JUMAAT | WARD ROUND | KLINIK PSIKOGERIATRIK (9AM - 12.15PM) |
HOME VISIT (9AM - 5PM) |
KLINIK SARINGAN MINDA (9AM - 12.15PM) |
PATIENT ROUND & NEW REFERRAL (8AM - 5PM) |
PENCAPAIAN
- Menjalankan Program WORLD MENTAL HEALTH DAY (WHMD)
- Mengadakan Kursus Pengendalian Pesakit Agresif
- Mengadakan Kursus Sokongan Pekerjaan (RESTART)
- Mengadakan Kursus Asas Psikiatri
- Menjalankan Program Circle of Hope