JABATAN PATOLOGI

PENGENALAN

Jabatan Patologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal di Hospital Segamat. Jabatan ini berperanan penting dalam rawatan pesakit di hospital dan kesihatan awam melalui perkhidmatan makmal diagnostik dan Transfusi Perubatan.

 

OBJEKTIF

  1. Menyediakan perkhidmatan servis diagnostik yang efisien bagi memberi perkhidmatan sokongan kepada pengamal perubatan dalam diagnosis, rawatan dan pemantauan rawatan pesakit seterusnya membantu kesihatan pesakit secara umum.
  2. Menyediakan perkhidmatan makmal secara 24 jam untuk ujian rutin bagi Makmal Biokimia dan Makmal Hematologi serta ujian molekular Covid Gene Xpert bagi Makmal Mikrobiologi.
  3. Memberikan khidmat nasihat dari segi teknikal dalam kaedah penghantaran sample ke makmal rujukan.
  4. Memastikan semua penderma darah yang reaktif dihubungi untuk tindakan lanjutan.
  5. Tiada insiden transfusion error/ near miss berpunca dari kecuaian Unit Perubatan Transfusi.
  6. Memasrikan darah Emergency GXM dibekalkan dalam masa 30 minit.

 

PIAGAM PELANGGAN

Keputusan ujian yang dijalankan di setiap makmal disipilin Jabatan Patologi akan dikeluarkan dalam masa seperti berikut :

1. Makmal Kimia Hayat
 Ujian STAT (tersenarai dalam borang permohonan Ujian STAT PER-PAT301/HS(URGENT) terhad kepada 1 ujian sahaja per sample)
60 Minit
 Ujian Cardiac Biomarkers 60 Minit
 Ujian CSF 60 Minit
 Ujian Kimia Rutin 5 Jam
 Ujian TDM 5 Jam
 Ujian Urin Rutin 5 Jam
 Ujian HbA1c, CRP, BHCG, CEA, Ferritin, T4, TSH, TPSA 5 Hari Bekerja
 Ujian Urin Protein 5 Hari Bekerja

 

2. Makmal Hematologi
 Ujian STAT FBC
45 Minit
 Ujian STAT PT/INR, APTT 1 Jam
 Ujian STAT Urin FEME 1 Jam
 Ujian rutin FBC, Retic Count, Haemostasis, D-Dimer, Urin FEME, ESR 4 Jam
 Ujian Saringan G6PD 1 Hari
 Ujian Stool FEME, Stool Occult Blood & G6PD 1 Hari
 Ujian (URGENT) 24 Jam
 Ujian Rutin 5 Hari Bekerja

 

3. Makmal Mikrobiologi
 Kultur dan Antibiotik Sensitiviti
3 - 5 Hari
 Kultur Fungal 14 - 28 Hari
 Direct Smear AFB 24 Jam
 Ujian BFMP 2 Jam

 

4. Makmal Serologi
 Ujian STAT (Rapid Test) (Dengue Combo Test IgG/IgM/NS1 Ag)
1 Jam
 Ujian STAT CSF FEME 1 - 3 Jam
 Ujian rutin (Mycoplasma, Leptospira, Rotavirus, ASOT, RF dan C.difficile) 3 - 5 Hari Bekerja
 Ujian Saringan Virologi (HbsAg, HbsAb, Anti HIV, Anti HCV, RPR, TPPA) 3 - 5 Hari Bekerja
 Covid Gene Xpert 4 Jam

 

5. Unit Perubatan Transfunsi
i) Proses pendermaan darah akan dilakukan dalam masa 45 minit maksimum.
ii) Turnaround Time adalah seperti berikut :
 GSH
2 Jam
 GXM Penuh 2 Jam
 GSH kepada GXM Penuh 2 Jam
 Emergency GXM 30 Minit
 GSH kepada Emergency GXM 30 Minit

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan dan memberikan perkhidmatan diagnostik klinikal bidang Patologi (ujian segera dan rutin) dalam bidang Mikrobiologi, Hematologi, Patologi Kimia dan Perubatan Transfusi.
  2. Menguruskan penghantaran spesimen dan keputusan ujian ke/dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk Unit Anatomik Patologi (Histo-sitologi).
  3. Mengurus penghantaran spesimen dan penerimaan keputusan untuk ujian-ujian khas ke makmal rujukan seperti Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Darah Negara (PDN), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru dan Kebangsaan dan lain-lain.
  4. Memberi latihan dalam Perkhidmatan Patologi bgai pelatih dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta mengikut program/ modul latihan sekiranya ada.
  5. Menyediakan perkhidmatan ujian khas yang menjadi makmal rujukan kepada hospital-hospital daerah dan klinik-klinik kesihatan di negeri Melaka.
  6. Memberikan khidmat rundingan kepakaran berkaitan bidang Patologi kepada jabatan-jabatan klinikal di Hospital Segamat dan klinik-klinik sekitar daerah Segamat.
  7. Menyediakan perkhidmatan ujian saringan dan pengesanan dadah berbahaya kepada agensi kerajaan yang berkaitan (PDRM, AADK, ATM), saringan Thalassemia dan lain-lain.
  8. Menyediakan perkhidmatan mobile FIne needle aspiration cytology (FNAC) di Klinik Pakar 4 dan Klinik ENT.
  9. Mengurus penghantaran spesimen dan penerimaan keputusan untuk ujian-ujian khas ke makmal rujukan seperi Hospital Kuala Lumpur, Pusat Darah Negara (PDN), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Jabatan Kimia dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
  10. Terlibat secara langsung dan/atau bekerjasama dengan jabatan klinikal yang lain dalam menjalankan penyelidikan (teknikal atau klinikal) dan pembangunan perkhidmatan Patologi.

 

JADUAL PERKHIDMATAN

Bil
Perkhidmatan
Masa
1.
 Kaunter Patologi 24 Jam
2.  Makmal Kimia Hayat
 Makmal Hematologi
 Makmal Perubatan Transfusi
24 Jam
(Ujian Rutin dan Ujian urgent)
3.  Makmal Mikrobiologi 8.00 pagi - 5.00 Petang (Ujian Rutin)
24 Jam (Ujian Urgent)
8.00 pagi - 3.00 Petang
(Hari Minggu dan Cuti Umum)
*Untuk ujian kultur dan sensitivity dan calitan AFB

 

PENCAPAIAN

Mencapai target objektif kualiti di peringkat jabatan, hospital dan kementerian.

  • Malaysian Patient Safety Goal (MPSG)
  • Mencapai target National Indicator Approach (NIA)
  • Mencapai target Hospital Performance Indicator Approach (HPIA) PROGRAM
  • Mencapai target Key Performance Indicator (KPI)

Mengambil bahagian dalam program kualiti luaran (External Quality Assuarance) untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan diperakui berkualiti.