JABATAN OTORINOLOGINGOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Otorinolaringologi, Pembedahan Kepala dan Leher (ORL-HNS) merupakan jabatan di Hospital Segamat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada pesakit yang mengalami masalah berkaitan penyakit telinga, hisung, tekak, kepala dan leher. Selain itu, jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan audiologi, pemulihan pendengaran dan terapi pertuturan. Anggota dalam jabatan termasuk pakar ORL-HNS, pegawai perubatan, pegawai pemulihan perubatan (pendengaran), perubatan, jururawat terlatih dan pembantu perawatan kesihatan.
OBJEKTIF
Untuk menyaring mendapatkan diagnosis, merawat dan menyembuhkan masalah penyakit berkaitan telinga, hidung, tekak, kepala dan leher, selain mengurangkan morbiditi, kematian dan kehilangan produktiviti yang berkaitan dengan penyakit telinga, hidung, tekak, kepala dan leher.
PIAGAM PELANGGAN
Pesakit perlu dilihat di klinik pakar ORL oleh pegawai perubatan dalam masa 90 minit.
SKOP PERKHIDMATAN
- Klinik ENT akan melihat rujukan kes ENT secara temujanji dan kes kecemasan.
- Klinik ENT berfungsi hanya pada waktu pejabat mengikut jadual yang ditetaplan oleh HOD dengan kelulusan Pengarah Hospital.
- Penyediaan Perkhidmatan Jagaan Harian.
- Penyediaan Perkhidmatan Terapi Pertuturan.
- Peruntukan ujian Audiometri dan Tympanometri.
- Pembedahan major & minor.
FUNGSI DAN PERKHIDMATAN
Fungsi
- Menyediakan rawatan dan perundingan pakar untuk perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dalam bagi kes telinga, hidung & tekak.
- Menyediakan perkhidmatan Klinik Pakar untuk rawatan pesakit luar dan pesakit dalam wad.
- Menyediakan perkhidmatan pembedahan bagi kes kecemasan dan elektif.
- Menyediakan perkhidmatan pemulihan pertuturan dan pemulihan pendengaran.
- Mengesan penyakit-penyakit telinga, hidung dan tekak.
- Menyediakan perkhidmatan rawatan kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dari Hospital Sultanah Fatimah Muar, Jabatan Kemalangan Trauma, Klinik pesakit luar, Klinik Pakar setempat, Klinik Kesihatan dan Klinik Pengamal Perubatan.
Perkhidmatan Harian
- Memberi perkhidmatan Klinik Pakar Pesakit Luar setiap hari mengikut waktu pejabat kecuali Hari Selasa.
- Menjalankan kes-kes pembedahan minor setiap hari Selasa.
- Menjalankan lawatan ke wad setiap hari.
- Pemulihan pendengaran dan terapi pertuturan setiap hari.
- Merawat kes-kes kecemasan melibatkan telinga,hidung dan tekak.
Perkhidmatan yang disediakan di jabatan
- Rawatan Pesakit Luar Otorinolaringologi.
- Rawatan Pesakit Dalam Otorinolaringologi.
- Pembedahan Major dan Minor Otorinolaringologi.
- Terapi Pertuturan.
- Pemulihan Pendengaran.
JADUAL PERKHIDMATAN
Bil
|
Klinik
|
Hari
|
Masa
|
1.
|
Menjalankan rondaan wad |
Ahad |
8.00 Pagi - 9.00 Pagi
|
2. |
Klinik pesakit luar ENT (Kes susulan & kes baru) |
9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari |
|
3. |
Rujukan kes baru & kecemasan |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
|
4. | Menjalankan rondaan wad |
Isnin |
8.00 Pagi - 9.00 Pagi |
5. | Klinik pesakit luar ENT (Kes susulan & kes baru) Kes Kecemasan yang dirujuk kepada pegawai perubatan atas talian Melaksanakan prosedur klinik seperti scope, biopsy, change tracheostomy tube and dressing Klinik Audiologi (ABR) Klinik Pertuturan & Bahasa |
9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari |
|
6. | OSA clerking Klinik FNAC Rujukan kes baru & kecemasan Klinik Pertuturan & Bahasa Klinik Audiologi (ABR) |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
|
7. | Menjalankan kes pembedahan major & minor di Dewan Bedah merangkumi kes general anaesthesia & local anaesthesia Rujukan kes baru & kecemasan Klinik Audiologi Klinik Alat bantu dengar Klinik HIgh risk newborn hearing screening Klinik Pertuturan & Bahasa |
Selasa | 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
8. | Rondaan wad | Rabu | 8.00 Pagi - 9.00 Pagi |
9. | Klinik pesakit luar ENT (Kes susulan & kes baru) Kes Kecemasan yang dirujuk kepada pegawai perubatan atas talian Melaksanakan prosedur klinik seperti scope, biopsy, change tracheostomy tube and dressing Klinik Audiologi Klinik Alat bantu dengar Klinik High risk newborn hearing screening Klinik Pertuturan & Bahasa |
9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari |
|
10. | Rujukan kes baru & kecemasan OSA Clerking CME Jabatan Klinik Pertuturan & Bahasa Klinik Audiologi |
2.00 Petang - 5.00 Petang |
|
11. | Rondaan wad | Khamis | 8.00 Pagi - 9.00 Pagi |
12. | Klinik pesakit luar ENT (Kes susulan & kes baru) Kes Kecemasan yang dirujuk kepada pegawai perubatan atas talian Melaksanakan prosedur klinik seperti scope, biopsy, change tracheostomy tube and dressing Klinik Audiologi Klinik Alat bantu dengar Klinik High risk newborn hearing screening Klinik Pertuturan & Bahasa |
9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari |
|
13. |
Rujukan kes baru & kecemasan |
2.00 Petang - 3.30 Petang |
PENCAPAIAN
- Peratusan tempoh masa pesakit menunggu untuk konsultasi oleh pegawai perubatan kurang dari 90 minutes > 90%
- Peratusan telinga dengan peningkatan pendengaran 3 bulan selepas myringoplasty > 70%
- Kadar kejadian pendarahan primary selepas pembedahan tonsillectomy < 5%
KETUA JABATAN
Dr Muhamad Syafiq bin Tumaran
Ketua Jabatan Otorinolaringologi/ Pakar Otorinolaringologi