JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

 

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan pusat rujukan rawatan pergigian kanak-kanak yang telah mula beroperasi di Hospital Segamat pada Jun 2017. Di Hospital Segamat, jabatan ini terletak di aras bawah iaitu di Klinik Pakar 2.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan pergigian, pencegahan, pembaikan dan pemulihan untuk semua kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas
  • Memberikan rawatan pergigian komprehensif dan perniagaan kesihatan oral yang menyeluruh sehingga mencapai tahap kesihatan mulut yang optimum
  • Memastikan pesakit mendapat rawatan dan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti menggunakan teknologi yang terkini dan bersesuaian
  • Menyediakan pembagunan professional untuk kakitangan jabatan

 

PIAGAM PELANGGAN

Pesakit dilihat oleh Pegawai Pergigian dalam masa 60 minit.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Segamat, merangkumi semua pesakit dalam dan luar di bawah umur 16 tahun yang memerlukan rawatan pergigian di bawah jagaan pakar. Kami menerima rujukan daripada jabatan lain di Hospital Segamat, Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta.

 

Kecederaan Oral dan Maksilofasial

  • Kecederaan pada gigi, tisu lembut di mulut dan muka dan patah tulang muka

 

Rawatan Pergigian bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan, kelainan upaya mental dan fizikal

  • Masalah pergigian dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan kronik seperi kanser, masalah jantung, diskrasia darah, asthma dan penyakit buah pinggang. Kanak-kanak kelainan upaya mental

 

Patologi Mulut dan Maksilofasial

  • Rawatan bagi patologi mulut dan maksilofasial merangkumi cyst di bahagian mulut dan muka, kelainan pada kelenjar air liur, ulser, ketumbuhan dan kanser mulut, kelainan pada struktur salur darah di mulut dan muka serta sumbing bibir dan lelangit

 

Rawatan pergigian di bawah bius am

  • Rawatan pergigian di bawah bius am, mengikut keperluan dan kesesuaian

 

JADUAL PERKHIDMATAN

 

Hari \ Waktu
8 Pagi - 1 Tengah Hari
1 Tengah Hari
- 2 Petang
8 Pagi - 5 Petang
 Ahad
Klinik/ Lawatan Batu Pahat
R Klinik
Isnin Klinik E Klinik
 Selasa
Klinik
H Klinik
Rabu

Klinik/ Dewan Bedah*

A Klinik/ Dewan Bedah*
Hari \ Waktu
8 Pagi - 1 Tengah Hari
1 Tengah Hari
- 2 Petang
8 Pagi - 3.30 Petang
Khamis Klinik T Klinik/ CDE

*minggu kedua setiap bulan

 

PENCAPAIAN 

Pencapaian Jabatan Pergigian PediatrikPencapaian Jabatan Pergigian Pediatrik 2Pencapaian Jabatan Pergigian Pediatrik 3