JABATAN BEDAH MULUT DAN MAKSILOFASIAL

PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial satu cabang kepakaran pergigian yang fokus kepada rawatan kecederaan dan ketumbuhan yang melibatkan tisu keras dan lembut di kawasan kepala, muka, leher dan rahang. Jabatan ini juga memberikan rawatan kecacatan di bahagian muka dan rahang serta menyediakan perkhidmatan alatan prostetik di bahagian muka, rahang, mata dan telinga.

Jabatan ini berada di Klinik Pakar 2, aras bawah Hospital Segamat dan bermula beroperasi sepenuhnya dari tahun 2017.

 

OBJEKTIF

Untuk membantu pesakit mencapai taraf kesihatan mulut yang optimum bagi menjamin kehidupan yang selesa. Ini boleh dicapai dengan adanya perkhidmatan pergigian/ bedah mulut yang efektif.

 

PIAGAM PELANGGAN

Pesakit dilihat di klinik pakar oleh Pegawai Pergigian dalam masa 60 minit.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Rawatan Klinikal/ Pembedahan :

 

Kecederaan Oral dan Maksilofasial

  • Kecederaan tisu lembut
  • Kecederaan gigi
  • Kepatahan tulang muka

 

Masalah-masalah Oral dan Maksilofasial

  • Sumbing bibir dan lelangit
  • Pembedahan orthognathic
  • Pembentukan semula kecacatam pada rahang atas atau bawah dan tisu muka
  • Pembentukan 'pre-prosthesis'
  • Pembedahan tulang sokongan gigi
  • Masalah temporomandibular joint/ sendi rahang

 

Masalah Perubatan dan Patologi Oral dan Maksilofasial

  • Kesakitan dan penyakit di bahagian muka dan mulut
  • Ketumbuhan di dalam mulut dan muka
  • Kanser mulut
  • Rawatan jangkitan di bahagian muka dan mulut

 

Pesakit yang bermasalah perubatan yang memerlukan rawatan pergigian asas

  • Cabutan
  • Tampalan
  • Penskaleran
  • Gigi Palsu (untuk pesakit yang mempunyai masalah pergerakan)
  • Rawatan ebdodontic mudah

 

Pergigian Forensik

Rawatan Implant Gigi (dental implant)

Lain-lain :

  • Rawatan pergigian am untuk staf Hospital Segamat (tidak termasuk ahli keluarga)
  • Klinik Perundingan Kombinasi (Combined Clinic) bersama-sama Pakar Pergigian Segamat dan Pakar Pergigian Restoratif Yong Peng
  • Menyertai combined clinic orthognathic di Hospital Melaka bersama Pakar Pergigian Bedah Mulut dan Ortodonik dari Melaka, Muar dan Segamat

 

 

JADUAL PERKHIDMATAN

Perkhidmatan
Hari
Masa
 Klinik
Isnin - Jumaat
8.00 Pagi - 5.00 Petang
 Rehat
Isnin - Khamis
1.00 Petang - 2.00 Petang
Jumaat
12.15 Tengahari - 2.45 Petang
 Pembedahan di Dewan Bedah

Rabu
(Minggu ke 4)

dan

Sabtu
(Minggu ke 2)

 

PENCAPAIAN 

  • Key Performance Indicator Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Segamat bagi Tahun 2020, 2021 dan 2022.
Pencapaian Jabatan Bedah Mulut