JABATAN KECEMASAN
PENGENALAN
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan pintu utama perkhidmatan dan rawatan kritikal yang disediakan oleh Hospital. Ianya juga merupakan portal utama untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan asas hospital dan klinik kesihatan. Secara amnya skop rawatan perubatan kecemasan termasuk:
- Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital
- Rawatan Kecemasan dan Resusitasi
- Rawatan Pesakit Luar
- Perkhidmatan Perlindungan Ambulan
- Kesiapsiagaan Bencana
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Segamat kini terbahagi kepada 2 fungsi utama iaitu Unit Perawatan Klinikal Kecemasan dan Unit Rawatan Pra Hospital. Kedua-dua fungsi ini dikawal selia oleh Pakar Perubatan Kecemasan dan dibantu oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga dan Penolong Pegawai Perubatan Penyeliaan U32 dan Klinikal UD 41.
OBJEKTIF
- Memastikan diagnosis yang tepat dan pantas bagi memberi rawatan kecemasan desinitif
- Respon dan merawat pesakit melalui unit prahospital kepada pihak awam di kawasan berdekatan dengan laju dan effisien
- Memastikan kes-kes yang di hantar ke hospital rujukan di lakukan dengan selamat
- Menyediakan tempat yang sesuai dan berpusat bagi jabatan dan agensi lain menyiasat dan memeriksa mangsa keganasan rumah tangga, mangsa rogol atau mnagsa dera.
PIAGAM PELANGGAN
Pesakit di lihat di Jabatan Kecemasan oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit di Zon Hijau, 20 minit di Zon Kuning dan serta merta di Zon Merah.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Prahospital
- Servis ambulan di sediakan bagi kes-kes kecemasan melalui panggila MERS 999. Kesemua staf prahospital terdiri daripada staf kecemasan yang mempunyai credentialing dan privileging dari Hospital Segamat
Perkhidmatan Kecemasan Kritikal
- Menyediakan perawatan serta merta kepada kes-kes kecemasan yang terdapat tanda bahaya (danger signs) serta tanda klinikal yang tidak stabil
Perkhidmatan Kecemasan Tidak Kritikal
- Menyediakan perawatan bagi kes kecemasan yang tiada tanda bahaya dan tanda klinikal asa yang stabil
Perkhidmatan Onse Stop Crisis Center (OSCC)
- Perkhidmatan yang disediakan untuk perawatan bagi kes trauma mangsa penderaan domestik, penderaan kanak-kanak, rogol dan sodomi. Kes ini akan diberikan keutamaan dan dirawat di bilik unik di jabatan
JADUAL PERKHIDMATAN
Perkhidmatan 24 jam di sediakan
PENCAPAIAN
Penganjuran Kursus Resusitasi :
- Kursus Basic Life Support
- Kursus Advanced Life Support
- Kursus First Responder Life Support
- Kursus First Aid in Wild (anjuran bersama Taman Negara Endau-Rompin Selai)
- Kursus First Aid in Wild (anjuran bersama UTHMi)