JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI (O&G)

PENGENALAN

Jabatan O&G Hospital Segamat mempunyai 4 orang pakar. Ketua Jabatan O&G ialah Dr Najah bt Sahiran. Jabatan ini mempunyai Dewan Bersalin dan Wad Obstetrik (10) yang terletak di tingkat 1. Manakala di tingkat bawah, terletak Wad Ginekologi (2) dan Klinik Pakar 1.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan perawatan yang efektif, selesa dan optimum kepada ibu-ibu mengandung supaya menjalani proses kelahiran yang selamat untuk mengurangkan kadar morbidity dan mortaliti.
  • Menyediakan perkhidmatan perawatan yang efektif, selesa dan optimum serta rawatan susulan kepada pesakit luar.
  • Menyediakan kauseling serta penerangan yang efektif kepada semua pesakit O&G.
  • Mengutamakan keselamatan pesakit-pesakit O&G dan bayi.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Pesakit Dalam : Pesakit dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 60 minit selepas masuk wad.
  • Pesakit Luar : Pesakit dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 60 minit selepas pendaftran.

 

SKOP PERKHIDMATAN

1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu-ibu mengandung (Antenatal), proses kelahiran dan selepas kelahiran (Postnatal).

  • Servis Klinik EPAU (Early Pregnancy Assessment)
  • Service Klinik Antenatal & Postnatal
  • Service Postnatal dan kaunseling pra-kehamilan
  • Service Combine Clinic (Perkhidmatan multidisiplin bagi ibu-ibu mengandung)

Menyediakan perkhidmatan kaunseling penyusuan susu ibu serta 'Mother-friendly'

 

2. Menyediakan perkhidmatan subspesialiti dan rawatan pesakit luar.

  • Servis GynaeOnkologi
  • Servis Urogynaekologi
  • Servis Feto-maternal
  • Servis Kolposkopi
  • Servis Rawatan Kesuburan (intrauterine insemination)

 

3. Menyediakan perkhidmatan pembedahan minor dan major termasuk laparoskopi pesakit-pesakit ginekologi . Menyediakan perkhidmatan pembedahan kelahiran (Caesarean Section)

 

JADUAL PERKHIDMATAN

Bil
Perkhidmatan
Hari
Masa
1.
 Klinik Postnatal/ EPAU
Ahad
8.00 Pagi - 2.00 Petang
2.  Kolposkopi  Ahad 8.00 Pagi - 2.00 Petang
3.  Combine

Ahad

(Minggu pertama & Ketiga)

2.30 Petang - 5.00 Petang
4.  Pra-Kehamilan

Ahad

(Minggu Kedua & Keempat)

2.30 Petang - 5.00 Petang
5.   Antenatal  Selasa 8.00 Pagi - 2.00 Petang
6.   Ginekologi  Khamis 8.00 Pagi - 2.00 Petang
7.   Subspesiality Feto-Maternal  Selasa (Setiap 2 Bulan)  
8.   Subspeciality Uroginekologi/   Gineonkologi  Rabu (Setiap 2 Bulan)  

 

PENCAPAIAN

  1. Hospital Rakan Bayi
  2. Pusat Latihan Pelajar Perubatan Universiti Monash dan Manipal
  3. Pusat Latihan Pelajar Malaysia-Ireland Training Programme for family Medicine (MinTFM)
  4. Penyelidikan bersama SEACO (International Consortium for Health Outcomes Measurement)