PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS (UMP)
PENGENALAN
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) ialah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit melalui pos dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai yang boleh dipilih oleh pesakit yang memenuhi criteria tertentu yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini adalah kerjasama antara Kementerian Malaysia dan Pos Malaysia Berhad.
OBJEKTIF
- Mengurangkan masa menunggu pesakit di Kaunter Farmasi
- Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit dan
- Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan
- Ubat dihantar terus ke lokasi pilihan
FAEDAH KEPADA PESAKIT
- Jamin kesinambungan bekalan ubat
- Selesaikan masalah kesuntukan masa
- Jimat kos perjalanan
- Tiada masalah meletakkan kenderaan
CARA MENDAFTAR
- Dapatkan borang dari kaunter farmasi dan daftar
- Semak kelayakan untuk mendaftar sebagai pengguna UMP dengan pegawai yang bertanggungjawab.
Maklumat wajib diisi dalam borang adalah seperti berikut :
- Nama pesakit
- No kad pengenalan
- Alamat penghantaran yang lengkap
- No telefon untuk dihubungi
- Tarikh temujanji dengan doktor
- Tarikh bekalan ubat susulan di farmasi
Bil
|
Kawasan Penghantaran
|
Caj (RM) termasuk GST 6%
|
||
Dari
|
Ke
|
< 500gm
|
>=500gm
|
|
1.
|
Semenanjung Malaysia
|
Semenanjung Malaysia
|
5.30
|
6.35
|
2. | Sabah / Sarawak | Sabah / Sarawak |
5.30
|
6.35
|
3. | Semenanjung Malaysia | Sabah / Sarawak |
8.50
|
10.60
|
4. | Sabah / Sarawak | Semenanjung Malaysia |
8.50
|
10.60
|
Hubungi Jabatan Farmasi
07-9433333 samb. 120