JABATAN RADIOLOGI

PENGENALAN

Jabatan Radiologi merupakan satu jabatan sokongan klinikal untuk perkhidmatan Radiologi di Hospital Segamat, Johor. Jabatan ini berperanan penting dalam pengendalian pesakit untuk membantu membuat diagnosis yang cepat dan tepat melalui pemeriksaan radiologi yang disediakan.
 

Perkhidmatan Radiologi yang disediakan ialah Radiografi Am, Computed Tomography (CT), Digittal Mammografi, Mobile Radiografi, Ultrasonografi, mobile C-arm prosedur intervention. Jabatan Radiologi juga memberikan perkhidmatan Magnetic Resonance (M.R.I) dan Fluroskopi yang dijalankan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

 

VISI

Ke arah perkhidmatan diagnostik dan teraputik yang efektif

 

MISI

Memberi perkhidmatan diagnostik yang berkualiti dengan radiasi yang optima serta perkhidmatan teraputik yang selamat.

 

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat dan mempunyai nilai diagnostik serta menepati standard piawaian yang ditetapkan

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap, efektif dan selamat pada setiap masa serta mesra pelanggan megikut kemampuan yang ada

  1. Pemeriksaaan x-ray , x-ray dada akan disiapkan dalam masa 30 minit selepas pendaftaran.
  2. Semua laporan bagi pemeriksaan khas pesakit dalam wad akan disiapkan dalam masa 2 hari waktu bekerja.
  3. Semua laporan bagi pemeriksaan khas pesakit luar akan disiapkan dalam 14 hari waktu bekerja.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Radiologi yang disediakan

  • Radiografi Am
  • Radiografi mudah gerak
  • Tomografi Berkoomputer (CT Scan)
  • Ultrasonografi (USG)
  • Mobile Image Intensifier (II) dewan bedah
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • Fluoroskopi

 

JADUAL PERKHIDMATAN

Bil
Perkhidmatan
Hari
Masa
1.
 Jabatan Radiologi
Ahad - Rabu
8.00 Pagi - 5.00 Petang
REHAT 1.00 Petang - 2.00 Petang
  Jabatan Radiologi
Khamis
8.00 Pagi - 3.30 Petang
2.  Bilik X-ray Bagunan Tambahan Hospital Segamat Ahad - Khamis Perkhidmatan 24 jam disediakan

 

PENCAPAIAN

Penganjiran kursus/ aktiviti :

  1. Kursus Basic MRI Musculoskeletal Radiology
  2. Kursus Basic to Basic Imaging
  3. Kursus Breast Imaging
  4. Hari Keluarga Jabatan Radiologi