FARMASI PANDU LALU
PENGENALAN
Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu telah diwujudkan di Hospital Segamat sejak Disember 2015. Pesakit yang memandu tidak perlu mencari tempat letak kenderaan tapi boleh terus ke kaunter Farmasi Pandu Lalu untuk dapatkan bekalan susulan ubat jika sudah berdaftar. Perkhidmatan ini dapat mengurangkan masa menunggu pesakit dan juga mengurangkan kesesakan di kaunter Farmasi Pesakit Luar.
OBJEKTIF
- Mengurangkan masa menunggu pesakit di Kaunter Farmasi
- Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit
FAEDAH KEPADA PESAKIT
- Jamin kesinambungan bekalan ubat
- Tiada masalah meletakkan kenderaan
CARA MENDAFTAR
Daftar menggunakan app telefon pintar MyUBAT
ATAU
Daftar di kaunter farmasi pesakit luar
