JABATAN ANESTHESIOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Anesthesiologi dan Rawatan Rapi memberikan perkhidmatan rawatan perioperatif anaestesia (pembiusan) dan rawatan kesakitan iaitu sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Jabatan ini juga memberikan perkhidmatan rawatan untuk pesakit kritikal di Unit Rwatan Rapi (ICU).
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan secara professional dan berkualiti.
PIAGAM PELANGGAN
- Tempoh menunggu bagi pesakit luar kurang 60 minit di Klinik Anaesthesia.
- Pesakit kritikal dilihat serta merta oleh Pegawai Perubatan di ICU.
SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Klinik Anestesia
Memberikan perkhidmatan kaunseling berkaitan pembiusan dan pelan rawatan kesakitan kepada pesakit yang memerlukan pembiusan semasa menjalani sesuatu prosedur seperti pembedahan atau pengimejan diagnostik (CT Scan & MRI). Pesakit akan dimaklumkan tentang keperluan, kebaikkan dan risiko tentang pembiusan secara terperinci.
- Perkhidmatan Anestesia (pembiusan)
Perkhidmatan anestesia di Hospital Segamat diberikan di dalam Dewan Bedah, yang mernagkumi pembiusan penuh (General Anaesthesia/ Monitored Sedation) dan pembiusan setempat (Regional Anaesthesia & Peripheral Nerve Block). Perkhidmatan anaesthesia yang diberikan adalah bagi semua pesakit yang menjalani rawatan pembedahan elektif dan kecemasan yang memerlukan bantuan anestesia ketika menjalani prosedur pembedahan.
- Perkhidmatan Rawatan Kesakitan
Perkhidmatan rawatan akut diberikan kepada pesakit terutamanya selepas menjalani pembedahan major. Pasukan anestesia memantau pesakit di dewan bedah dan wad serta memastikan proses pemulihan dari kesakitan selepas pembedahan major berlaku dalam keadaan baik , keadaan pesakit terkawal dan selesa.
- Perkhidmatan Rawatan Kritikal
Rawatan perkhidmatan kritikal diberikan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kepada pesakit kritikal yang memerlukan pemantauan dan intervensi intensif, serta pesakit yang memerlukan bantuan mesin sokongan akibat kegagalan pelbagai organ seperti paru-paru, jantung dan buah pinggang.
JADUAL PERKHIDMATAN
Waktu Operasi Klinik Anestesia
Bil
|
Perkhidmatan/Lokasi
|
Hari
|
Masa
|
1.
|
Klinik Anestesia |
Isnin - Jumaat
|
8.00 Pagi - 3.00 Petang
|
Waktu Operasi Perkhidmatan Anaestesia di Dewan Bedah
Bil
|
Jenis Pembedahan
|
Hari
|
Disiplin Terlibat |
Masa
|
1.
|
Elektif |
Isnin
|
Orthopaedik |
8.00 Pagi - 8.00 Malam
|
Ophtalmology | 8.00 Pagi - 4.00 Petang | |||
Selasa | Pembedahan Am | 8.00 Pagi - 8.00 Malam | ||
Otorinolaryngology (ENT) | 8.00 Pagi - 4.00 Petang | |||
Rabu | Obstetrics & Gynaecology (O&G) | 8.00 Pagi - 8.00 Malam | ||
Paediatric Dental Surgery & Oral Maxillofacial Surgery (OMFS) | 8.00 Pagi - 4.00 Petang | |||
Jumaat | Orthopaedik | 8.00 Pagi - 8.00 Malam | ||
Paediatric Dental Surgery & Oral Maxillofacial Surgery (OMFS) | 8.00 Pagi - 8.00 Malam | |||
Sabtu | Ortopedik, Paediatric Dental Surgery & Oral Maxilofacial Surgery (OMFS), O&G | 8.00 Pagi - 1.00 Tengahari | ||
2. | Kecemasan | Setiap Hari | Multidisiplin | 24 Jam |
Waktu Operasi Unit Rawatan Rapi
Bil
|
Perkhidmatan/Lokasi
|
Masa
|
1.
|
Intensive Care Unit (ICU) |
24 Jam
|
Waktu Operasi Perkhidmatan Epidural/Acute Pain Service (APS)
Bil
|
Perkhidmatan/Lokasi
|
Hari |
Masa
|
1. | Dewan Bersalin | Isnin - Jumaat | 8.00 Pagi - 3.00 Petang |
1.
|
Ward (APS) | Setiap Hari |
24 Jam
|
PENCAPAIAN
- Menganjurkan pelbagai latihan dan kursus seperti Airway Workshop, Ventilator Workshop, Regional Anaesthesia Workshop dan bekerjasama dengan pelbagai disiplin dan jawatankuasa hospital memberikan latihan Advanced Life Support dan Program Derma Organ & Transplant.
- Pusat latihan bagi Pegawai Perubatan Siswazah, juga memberikan latihan kepada pelajar perubatan dari beberapa univerisiti dan kolej dalam bidang Anestesiologi.
- Bekerjasama dengan kerjasama Pasukan Derma Organ Hospital untuk mngkoordinasi kes derma organ dan tisu di Hospital Segamat.
- Multiple Recrudescences of Malihnant Hyperthermia Crisis : A Syccessful Management after Incremented Dose of Dantrolene Infusion.
Journal of Health and Translational Medicine, Special Issue.
https://www.academia.edu/33914663/Multiple_Recrudescences_of_Malignant_Hyperthermia_Crisis_A_Successful_Management_After_Incremented_Dose_of_Dantrolene_InfusionJournal of Health and Translational Medicine, Special Issue.
https://jummec.um.edu.my/article/download/11369/7704/