JABATAN OFTALMOLOGI

PENGENALAN

Jabatan oftalmologi Hospital Segamat bermula pada tahun 2016. Jabatan ini terdiri daripada 1 pakar, 6 pegawai perubatan, 2 optometris, 3 penolong pegawai perubatan, 3 jururawat dan 3 pembantu perawatan kesihatan. Jabatan oftalmologi Hospital Segamat merupakan pusat rujukan pesakit mata bagi daerah Segamat. Kami juga menerima rujukan dari Hospital Muadzam dan daerah Gemas. Kami menyediakan perkhidmatan oftalmologi am tetapi menyeluruh meliputi pengesanan, rawatan, pembedahan dan pemulihan. Selain daripada perkhidmatan klinikal. Jabatan oftalmologi juga menjalankan kursus di peringkat jabatan, hospital dan daerah serta menganjurkan pelbagai program saringan mata di peringkat komuniti.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan klinikal yang cemerlang dalan suasana mesra pesakit, sentiasa berusaha untuk mengoptimumkan keselesaan dan mengurangkan penderitaan mereka.
  • Menyediakan penjagaan individu melalui penilaian, pelan penjagaan rawatan dan pemantauan kemajuan psikologi pesakit.
  • Memberikan penjagaan kepada pesakit dengan belas kasihan dan menghormati kepercayaan dan latar belakang agama mereka.
  • Membina dan mengekalkan hubungan baik dengan pesakit keluarga mereka.
  • Memastikan kerjasama yang baik antara pakar, pegawai perubatan, paramedik dalam penjagaan perubatan pesakit.
  • Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinik dan sistem kesihatan dengan melibatkan diri dalam pengumpulan data klinikal yang berterusan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Pesakit dilihat di klinik pakar oleh Pehawai Perubatan dalam masa 60 minit.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menyediakan rawatan oftalmologi pesakit luar dan dalam termasuk rujukan ke pusat tertiari untuk penjsgaan sub khusus.
  2. Menyediakan perkhidmatan optometri termasuk pengesanan awal kecacatan penglihatan dan pemulihan penglihatan.
  3. Menyediakan perkhidmatan pembedahan oftalmologi untuk kes kecemasan dan elektif
  4. Menyediakan perkhidmatan oftalmologi pencegahan . Contoh saringan untuk retinopati pramatang (ROP) bagi bayi lahir pramatang, diabetic retinopati dan saringan rabun di bawah program saringan prasekolah.

 

JADUAL PERKHIDMATAN

 

Bil
Perkhidmatan
Hari
Masa
1.
 Clinic (New Case and Follow Up)
 Laser
Ahad
8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
 Post Operation (1/52)
 Contact Lens Clinic
2.00 Petang - 5.00 Petang
2.

 Clinic
 Laser
 Reftaction/ HVF
 Elective OT (Cataract Operation)
 Binocular Vision Clinic

Isnin 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
 Post Operation (1 Hour)
 Low Visin Clinic
2.00 Petang - 5.00 Petang
3.  Clinic
 Operation Pre Assessment
 A-scan/ Refraction
Selasa 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
 Post Operation 1/52
 A-scan
2.00 Petang - 5.00 Petang
4.  Clinic
 Laser
 Elective OT (Cataract operation)
 Refraction (post op 1/12)
Rabu 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
 CME
 Post Operation 1 Hour
2.00 Petang - 5.00 Petang
5.  Clinic
 Laser
 Paediatric refraction
 Minor Procedure
Khamis 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
 Minor Procedure 2.00 Petang - 5.00 Petang

 

PENCAPAIAN

  1. Program doktor masuk kampung di Sekolah Kebangsaan Sepinang, Segamat (2016).
  2. World Sight Day Peringkat Hospital Segamat (2016)
  3. Programm Jom Sihat di Sekolah Kebangsaan Kemedak Segamat (2016).
  4. Program Saringan Mata (Tzu Chi Foundation) Di Dewan Keranjang Jementah (2016).
  5. Hari Glaukoma Sedunia peringkat Hospital Segamat (2017).
  6. Karnival Pembedahan Katarak di Hospital Segamat (2017).
  7. Program Saringan Mata di Kampung Orang Asli Puting (2017).
  8. Program Pemeriksaan Mata (NBOS) di Dewan Serbaguna Jementah (2018).

 

 

KETUA JABATAN

Dr Zakaria Bin Abdollah
Ketua Jabatan Oftalmologi/ Pakar Oftalmologi