JABATAN REKOD PERUBATAN

 

PENGENALAN

Bahagian Rekod Perubatan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Rekod (Yang Menjaga) N29 dan dibantu oleh 2 orang Penolong Pegawai Rekod  N29, dua orang Pembantu Tadbir N22, 4 orang Pembantu Tadbir (P/O), 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Pembantu Am Pejabat.

Bertanggungjawab ke atas pengurusan semua rekod perubatan pesakit Hospital Segamat dan sebagai Pusat Sumber Maklumat Kesihatan.

Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam memberi maklumat dan data-data komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan hospital.

 

OBJEKTIF

Menyediakan satu sistem pengurusan rekod perubatan, informasi dan dokumentasi, klasifikasi penyakit dan pentadbiran yang cekap, cepat dan berkualiti dari masa ke semasa

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang efisen dan berkualiti dengan mempertingkatkan kemahiran dan penggunaan sumber terkini, latihan, idea serta inisiatif dari setiap masa.

 

STRATEGI

Berdasarkan kepada misi Hospital Segamat iaitu untuk menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkesan dan berkualiti oleh anggota yang terlatih dan mahir yang mempunyai sifat-sifat yang penyayang, cekap, komited, berdisiplin dan berkeperibadian serta mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan mengamalkan teknologi yang terkini dan boleh dipercayai maka perkhidmatan bahagian rekod perubatan telah menyusun strategi-strategi berikut :

  • Mewujudkan satu sistem pengurusan rekod perubatan yang lengkap, berkesan, kemaskini dan cekap.
  • Menjadikan Pusat Maklumat Kesihatan yang dapat mengeluarkan maklumat yang tepat, cepat dan sentiasa boleh dipercayai.
  • Memberikan perkhidmatan dalam pemprosesan permohonan laporan perubatan dan lembaga perubatan yang berkualiti.
  • Mewujudkan semangat kekitaan dan mesra pelanggan.

 

FUNGSI

1) Pentadbiran Dan Kualiti

  • Surat menyurat
  • Cuti kakitangan
  • Pengurusan inventori
  • Pemantauan kualiti QAP/NIA Rekod Perubatan

2) Laporan Perubatan Dan Medico-Legal

  • Menguruskan permohonan laporan perubatan dari berbagai pihak seperti orang awam, Polis, Peguam, Insurans dan lain-lain.
  • Mengendalikan kes-kes Perundangan Perubatan/ Medico legal
  • Pengurusan Lembaga Perubatan
  • Mengendalikan pengeluaran dan penyimpanan  Sijil cuti sakit dan membuat  
  • Pengesahan kemasukan wad

 
3) Statistik Dan Data

  • Pengurusan data HMIS
  • Mengumpul, menganalisa dan menyediakan pelbagai maklumat statistik untuk kegunaan pelbagai peringkat dalaman dan luaran bagi Pesakit Luar (PL),   Pesakit Dalam (PD) dan Data Kesihatan.

4) Pengurusan Rekod

  • Sebagai Pusat pengumpulan data-data kanser daripada klinik-klinik Pakar dan Wad.
  • Melaporkan kes-kes Penyakit Berjangkit melaui sistem berkomputer, eNotis yang dahulunya dikenali sebagai CDCIS.
  • Menyimpan Rekod-rekod Pesakit Dalam
  • Dokumentasi
  • Pelupusan dokumen