KLINIK PAKAR 4

PENGENALAN

Klinik Pakar 4 adalah satu unit yang memberi perkhidmatan sokongan di Hospital Segamat. Terdiri dari beberapa yang berfungsi di Klinik Pakar 4, iaitu Klinik Pembedahan (SOPD), Klinik Ortopedik.

Klinik Orthopedik

Beroperasi pada setiap hari Isnin dan Selasa yang diketuai oleh seorang Pakar Perunding Ortopedik UD54. Beliau dibantu oleh seorang Pakar Ortopedik UD44 serta dua orang Pegawai Perubatan UD41. Staf sokongan terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang Jururawat U29, seorang Penolong Jururawat U14 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Purata kedatangan pesakit ke Klinik Ortopedik 41 orang setiap hari klinik.

Klinik Pembedahan (SOPD)

Beroperasi setiap hari Rabu dan Khamis. Diketuai oleh seorang Pakar Pembedahan Kontrak UD51 dengan dibantu oleh seorang Pakar Pembedahan Kontrak UD47, seorang Pegawai Perubatan UD52 serta dua orang Pegawai Perubatan UD41. Staf sokongan yang terdiri darpada seorang Penolong Pegawai Perubatan U32, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29, seorang Jururawat U29, seorang Jururawat Masyarakat U24, seorang Penolong Jururawat U11 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Purata Pesakit 31 orang setiap hari klinik.