WAD 3
PENGENALAN
Wad 3 (kenanga) terletak di aras satu bangunan Hospital Nukleus Segamat adalah wad perubatan lelaki yang mempunyai 27 buah katil. Perkhidmatan Pakar Perubatan juga turut disediakan.Wad ini menyediakan 1 bilik untuk kelas 1A, 1 bilik untuk Isolation, 1 bilik untuk Kemoterapi dan 1 bilik untuk kelas 1B.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi serta menjaga kebajikan pelanggan.
- Memberi bimbingan dan khidmat pendidikan kesihatan, promosi Cara Hidup Sihat dalam suasana penyayang.
- Berusaha menyedarkan komuniti supaya boleh menerima semula pesakit mental oleh keluarga mereka khususnya dan masyarakat amnya.