WAD 5

 

PENGENALAN

Wad Perubatan Lelaki terletak di Aras Satu bangunan Hospital Nukleus Segamat. Wad ini mempunyai 27 buah katil. Ianya merupakan sebuah unit yang menyediakan Perkhidmatan Perubatan di mana kes-kes penyakit berjangkit seperti Demam Denggi, Typhoid, Kolera, Penyakit TiBi dan sebagainya ditempatkan di sini.

 

OBJEKTIF

  • Meberikan perkhidmatan perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi serta menjaga kebajikan pelanggan;
  • Memberi bimbingan dan khidmat pendidikan kesihtan, promosi hidup sihat dlam suasanan penyayang;
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan bagi kes-kes penyakit berjangkit dan mengamalkan “Standard Precaution” yang telah ditetapkan.

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Mempunyai 27 katil
  • Terbahagi kepada Kelas 1 (berhawa dingin), Kelas 2 dan Kelas 3
  • Memberi penjelasan terus kepada pesakit di katil sekiaranya Piagam tidak dapat dipenuhi dengan sebab-sebab berikut:
    • Doktor sedang mengendalikan kes-kes temujanji di klinik (MOPD);
    • Hanya seorang doktor dalam panggilan yang bertugas di hujung minggu dan sedang mengendalikan kes-kes kecemasan di unit lain.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pakar sekurang-kurangnya sekali dari setiap kemasukan ke wad;
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit;
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut semasa discaj;
    • Nasihat - bagi kes TiBi (Pesakit akan dihantar ke KK Bandar Putra untuk kaunseling tentang rawatan TiBi yang selanjutnya);
    • Pembayaran bil  hospital;
    • Ubat-ubatan;
    • Tarikh temujanji rawatan susulan;
    • Surat Akuan masuk wad dan Sijil Cuti Sakit (jika perlu).