UNIT FISIOTERAPI
(UNIT PEMULIHAN ANGGOTA)
PENGENALAN
Unit Fisioterapi adalah sebuah unit pemulihan anggota yang telah diwujudkan di Hospital Segamat pada tahun 1997. Pada tahun 1998, unit Fisioterapi telah ditutup sementara kerana ketiadaan Jurupulih Anggota bertugas. Akhirnya pada 16 Mac 1999, Unit Fisioterapi telah dibuka semula dan beroperasi sehingga kini . Unit fisioterapi terletak bersebelahan dengan makmal perubatan dan mempunyai pintu berwarna orange.
Perkhidmatan Fisioterapi menyediakan rawatan rehabilitasi yang lengkap dan terkini kepada pesakit-pesakit. Ia juga memberi penekanan dalam pencegahan awal untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul akibat dari keadaan yang ditanggung oleh pesakit tersebut. Jabatan ini juga berperanan menerima kes-kes rujukan yang memerlukan pengendalian program rawatan dan rehabilitasi yang terperinci dan menyeluruh.
OBJEKTIF
- Menyediakan sebuah unit pemulihan anggota yang bermutu tinggi dan menjalankan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan di samping menjaga kebajikan setiap pelanggan;
- Memberikan khidmat pemulihan seawal dan semaksima yang mungkin dan mengelakkan komplikasi sebagaimana yang dikehendaki menurut rujukan pegawai perubatan;
- Memberi bimbingan dan khidmat nasihat yang tepat di dalam suasana yang penyayang, di samping menghormati hak individu;
- Memastikan nilai dan etika kerja yang tinggi dari segi perubatan fizikal khasnya dan bidang perubatan amnya.
MISI
Menyediakan perkhidmatan fisioterapi berasaskan standard profesionalisma dalam rawatan rehabilitasi untuk mencapai tahap pemulihan yang optima kepada pelanggan serta memberi pendidikan kesihatan yang berterusan kepada pelanggan khususnya dan masyarakat amnya demi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
VISI
Menjadikan sebuah unit yang dapat memberikan pemulihan dan kepuasan kepada pelanggan dari segala aspek.
POLISI
Pesakit Dalam
- Rawatan fisioterapi akan dilakukan jika mendapat rujukan daripada Pegawai Perubatan sahaja;
- Pihak wad akan menghantar surat rujukan sebagai pemberitahuan rujukan;
- Pesakit akan dinilai dan rawatan sewajarnya akan diberikan samada di dalam wad ataupun di unit fisioterapi.
Pesakit Luar
- Pesakit luar hendaklah mendapat rujukan dari:
- Hospital Kerajaan
- Pusat Kesihatan & Poliklinik
- Pakar Perubatan Swasta
- Hospital Swasta
Semua surat rujukan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan yang merujuk;
Rawatan akan diberikan mengikut temujanji yang ditetapkan;
Pesakit akan dikenakan caj rawatan mengikut Akta Bayaran 1982.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan diberi layanan dengan cekap, cepat dan tepat dalam suasana yang mesra dan bersopan santun dan bertimbang rasa;
- Setiap pesakit yang dirujuk akan mendapat rawatan mengikut tarikh temujanji yang diberikan;
- Setiap pesakit akan diberi maklumat tentang rawatan yang diterima melalui jurupulih anggota yang terlatih;
- Setiap pesakit yang dirujuk akan diberi rawatan, latihan dan nasihat dengan sewajarnya untuk pemulihan yang berkesan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Unit Pemulihan Anggota menyediakan perkhidmatan berdasarkan standard profesionalisma dalam rawatan rehabilitasi/pemulihan pesakit (pesakit dalam dan pesakit luar) untuk mencapai tahap pemulihan/rehabilitasi yang optimum kepada pelanggan di samping memberikan pendidikan kesihatan yang berterusan kepada pelanggan untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.