UNIT HAEMODIALISIS (HDU)

 

PENGENALAN

Unit Hemodialisis terletak di hujung bangunan Klinik Pakar 1 dan bersebelahan dengan Bangunan Kaunter Setempat Hospital Segamat. Mula beroperasi pada 24hb April 1998 dengan jumlah pesakit seramai 4 orang dan mesin hemodialisis sebanyak 4 buah sahaja. Pada masa kini jumlah pesakit yang sedang menerima rawatan Hemodialisis ialah 47 orang dengan kekuatan mesin sebanyak 13 buah.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan dialysis kepada pesakit yang ditentukan oleh Pakar Perunding atau Pakar Perubatan Nefrologi.
  • Memenuhi keperluan sasaran rawatan dialysis dan mengurangkan komplikasi semasa rawatan.
  • Memberi latihan berterusan kepada semua kakitangan.
  • Mempertingkatkan rawatan pesakit yang berkualiti melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan yang cekap dan berkesan.
  • Memberi perkhidmatan rawatan Akut Hemodialisis kepada kes-kes kecemasan diluar waktu operasi.

 

MISI

Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis yang berkualiti,cekap dan efisen menerusi penggunaan teknologi moden dengan perkembangan perubatan melalui kepakaran tenaga professional. Mewujudkan satu suasana yang harmoni diantara kakitangan dan pesakit kegagalan ginjal.

 

VISI

Mewujudkan sistem rawatan Hemodialisis yang lebih berkualiti, cekap dan efisen kepada penduduk di daerah Segamat sejajar dengan pekembangan teknologi perubatan yang moden dan terkini.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Memberi rawatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit ginjal Acute dan Kronik
  • Rawatan Hemodialisis adalah 3 kali seminggu selama 4 jam persessi.

 

Pencapaian

Pada tahun 2010, Unit Hemodialisis telah berjaya menghantar 2 orang pesakit dialysis untuk menjalani pembedahan pemindahan ginjal di Hospital Selayang. Kedua-dua kes tersebut telah berjaya. Kes pertama iaitu Encik Sharun bin Rahani telah selamat menjalani pemindahan ginjal pada 4hb Februari 2010 dan kes kedua iaitu Cik Julaiha binti Ishak telah selamat menjalani pemindahan ginjal pada 22hb April 2010. Kedua-dua kes itu sangat membanggakan kepada semua kakitangan kerana perawatan Hemodialisis yang berkesan dan Penjagaan pesakit dengan rapi.