UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

 

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat(ICT) Hospital Segamat  mula beroperasi pada Jun 2009 dengan perjawatan diisi oleh pegawai gunasama daripada skim Teknologi Maklumat(F). Mengikut perjawatan Unit ICT Hospital Segamat mempunyai 7 jawatan bermula dari gred F10 sehingga Gred FT1.  Disenaraikan perjawatan yang telah diluluskan bagi Unit ICT, Hospital Segamat.

 

OBJEKTIF

Peranan utama Unit ICT  adalah dalam  merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara semua aktiviti dan program ICT di Hospital Segamat. Dalam memainkan peranan tersebut, Unit ICT telah mensasarkan objektif utama iaitu untuk menyelaras semua aktiviti dan pembangunan ICT Hospital Segamat agar dapat berkembang maju demi kepentingan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

 

PERJAWATAN

JAWATAN

JUMLAH

Pegawai Teknologi Maklumat F10

1

Pegawai Teknologi Maklumat F9

2

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5/6/7

2

Juruteknik Komputer FT1/2

2

JUMLAH

7