UNIT PERHUBUNGAN AWAM

 

PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan bagi mendukung misi hospital untuk memberi perkhidmatan dengan professional, cekap, ikhlas dan menerapkan nilai-nilai budaya murni sepenuh hati kepada pelanggan. Unit Perhubungan Awam merupakan salah satu unit daripada 28 bahagian dan jabatan yang terdapat di sistem pengurusan hospital.

Unit ini terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam S27, lima orang Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) N17, seorang Pembantu Tadbir Rendah (Operator Telefon) N11 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) U3.

Lima orang PKP ditugaskan sebagai operator manakala seorang PKP dan seorang PPK di tugaskan untuk membuat rondaan mesra sebanyak dua kali sehari selain perlu berada di kaunter khidmat pelanggan bermula dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang (Isnin-Jumaat).

Unit ini juga turut bertindak sebagai perantara bagi sebarang pertanyaan, aduan (publik dalaman dan luaran) dan permintaan pelanggan yang berurusan serta mewujudkan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak media. selain terlibat dengan acara rasmi Hospital Segamat.

 

OBJEKTIF

  • Memproses aduan pelanggan dalam masa yang ditetapkan.
  • Berusaha untuk memastikan penyampaian maklumat dilaksanakan dengan cepat dan tepat.

 

MISI

Menyedia dan menyebarkan informasi yang tepat dan terkini kepada khalayak melalui medium yang bersesuaian.

 

VISI

Bertekad menjadi penyampai informasi tepat dan terkini yang berupaya meningkatkan imej hospital melalui perkhidmatan yang efektif, produktif dan kreatif, sensitif dengan keadaan dan permintaan semasa para pelanggan, serta bekerjasama secara perkongsian pintar dengan pihak lain untuk membentuk warga hospital yang sentiasa bersedia untuk membantu selaras dengan matlamat budaya korporat.

 

FUNGSI

  • Bertanggungjawab mengatur dan memaklumkan program perhubungan dengan pihak luar.
  • Menyebarkan maklumat dan aktiviti Hospital Segamat
  • Mengurus aduan para pelanggan hospital dengan cepat, tepat, adil dan berkesan.
  • Melaksana Pelan tindakan media bagi isu-isu berbangkit
  • Mengatur dan menyelaras sidang media dan publisiti bagi aktiviti rasmi kementerian/Jabatan Kesihatan Negeri /Hospital.