WAD 5
PENGENALAN
Wad Perubatan Lelaki terletak di Aras Satu bangunan Hospital Nukleus Segamat. Wad ini mempunyai 27 buah katil. Ianya merupakan sebuah unit yang menyediakan Perkhidmatan Perubatan di mana kes-kes penyakit berjangkit seperti Demam Denggi, Typhoid, Kolera, Penyakit TiBi dan sebagainya ditempatkan di sini.
OBJEKTIF
- Meberikan perkhidmatan perawatan dan pemulihan yang bermutu tinggi serta menjaga kebajikan pelanggan;
- Memberi bimbingan dan khidmat pendidikan kesihtan, promosi hidup sihat dlam suasanan penyayang;
- Menyediakan perkhidmatan rawatan bagi kes-kes penyakit berjangkit dan mengamalkan “Standard Precaution” yang telah ditetapkan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Mempunyai 27 katil
- Terbahagi kepada Kelas 1 (berhawa dingin), Kelas 2 dan Kelas 3
- Memberi penjelasan terus kepada pesakit di katil sekiaranya Piagam tidak dapat dipenuhi dengan sebab-sebab berikut:
- Doktor sedang mengendalikan kes-kes temujanji di klinik (MOPD);
- Hanya seorang doktor dalam panggilan yang bertugas di hujung minggu dan sedang mengendalikan kes-kes kecemasan di unit lain.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pakar sekurang-kurangnya sekali dari setiap kemasukan ke wad;
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit;
- Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut semasa discaj;
- Nasihat - bagi kes TiBi (Pesakit akan dihantar ke KK Bandar Putra untuk kaunseling tentang rawatan TiBi yang selanjutnya);
- Pembayaran bil hospital;
- Ubat-ubatan;
- Tarikh temujanji rawatan susulan;
- Surat Akuan masuk wad dan Sijil Cuti Sakit (jika perlu).