WAD 9

PENGENALAN

Wad 9 menempatkan pesakit Gynae dan Antenatal. Sebanyak 28 buah katil yang ada, 10 katil dikhaskan untuk pesakit Gynae dan 18 buah katil menempatkan pesakit Antenatal.

Perawatan yang dijalankan adalah rawatan kes-kes Gynae baru dan juga kes rujukan  Perawatan persediaan dan penjagaan kes-kes pembedahan Gynae juga dijalankan disini.

Kes Antenatal juga dirawat disini. Wad 9 diketuai oleh seorang Ketua Jururawat U32, 14 orang Jururawat U29, 3 orang Jururawat Masyarakat U19 dan 5 orang Pembantu Perawatan Kesihatan Perempuan U3.

 

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan dengan cekap dan berkesan kepada ibu sebelum dan selepas bersalin serta bayi yang lepas dilahirkan. Menyediakan suasana Hospital Rakan Bayi dengan mengamalkan Polisi Penyusuan Ibu.

 

MISI

Menjadikan Unit Gynae sebagai tempat perawatan yang cemerlang, berkualiti dan pusat sumber maklumat yang berfaedah melalui pendidikan kesihatan kepada pelanggan kami.

 

VISI

Memberikan penjagaan dan perawatan yang berkualiti kepada ibu serta bayi tanpa sebarang komplikasi.

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh doktor selepas dimasukkan ke wad dalam masa 60 minit.
  • Setiap pesakit yang telah disahkan discaj oleh doktor akan diberitahu serta merta.
  • Setiap pesakit akan dibekalkan dengan perkara berikut apabila discaj :
    • Nasihat
    • Bil Hospital
    • Maklumat Temujanji
    • Ubat-ubatan

 

Untuk Pertanyaan

Tel: 07-943 3333 samb 262 (Kaunter)
Tel: 07-943 3333 samb 258 (Bilik Ketua Jururawat)