Pengenalan
Jabatan Ortopedik merupakan salah satu komponen penting dalam perkhidmatan perawatan tulang di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru bagi semua peringkat umur.
Jabatan ini juga peroperasi sebagai pusat rujukan kawasan selatan serta pusat latihan siswazah dan lanjutan lepasan siswazah.
Jabatan ini juga memberi pakej perkhidmatan seperti perundingan, membuat diagnosa, rawatan pembedahan dan perawatan lanjutan yang sebaik mungkin.
Setiap maklumat pesakit adalah rahsia dan dipelihara. Selain itu, ia memulihkan pesakit-pesakit yang mengalami kepatahan atau penyakit-penyakit tulang yang
memerlukan rawatan pembadahan untuk mencapai taraf kesihatan dan kehidupan yang lebih baik. Di samping itu, mengurangkan kadar infeksi selepas
pembedahan dan mengurangkan komplikasi dan ketidakselesaan kepada pesakit-pesakit semasa dan selepas menjalani rawatan pembedahan.
Seterusnya, ia untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih
bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri masing-masing.
Senarai Perkhidmatan
1. RAWATAN PESAKIT LUAR
Rawatan Pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan pembedahan ortopedik bagi dewasa dan kanak-kanak. Semua pesakit diberikan pemeriksaan dan penyiasatan yang teliti serta waris-waris pesakit diberi penerangan yang terperinci tentang risiko sesuatu pembedahan atau penyakit.
2. RAWATAN PESAKIT DALAM WAD
Memberikan rawatan kepakaran Pembedahan Ortopedik yang bermutu tinggi kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad Pembedahan Ortopedik lelaki dan perempuan dan juga wad Pembadahan kanak-kanak.
3. RAWATAN PEMBEDAHAN ORTOPEDIK
Menjalankan rawatan pembedahan kepakaran Ortopedik secara kecemasan ataupun elektive. Pembedahan Combine dengan Jabatan Plastic, Pembedahan Am dan dengan lain-lain Jabatan bila perlu.
4. PUSAT RUJUKAN
Berfungsi sebagai pusat rujukan, serta sedia menerima dan memberikan rawatan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk oleh mana-mana Hospital Kerajaan dan swasta serta mana-mana klinik kerajaan dan swasta.
5. LAWATAN PAKAR ORTOPEDIK KE HOSPITAL LAIN
Perkhidmatan pesakit luar dikendaliakan oleh seorang Pakar Ortopedik dan seorang pegawai perubatan setiap hari selasa minggu ke 2 dan 4 di Hospital Kulai dan setiap hari selasa minggu ke 1 dan 3 di Hospital Kulai. Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pesakit dari kawasan tersebut untuk berjumpa Pakar Ortopedik dan juga untuk mengurangkan beban kerja di Jabatan Orthopedik Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu, Johor.
6. PERKHIDMATAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN ORTOPEDIK KE HOSPITAL LAIN
Perkhidmatan kepakaran pembedahan Ortopedik ke Hospital Kulai setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis dijalankan di Dewan Bedah Hospital Kulai. Selain dari itu Pembedahan subkepakaran seperti Arthroplasty dan Spine juga dilakukan oleh pakar Ortopedik di Hospital-hospital yang memerlu bantuan dari pakar Ortopedik Hospital Sultanah Aminah Johor Baru. Tujuan perkhidmatan ini adalah untuk mengurangkan beban kerja di Jabatan Ortopedik Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru, Johor.
7. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN HARIAN (Daycare)
Merupakan perkhidmatan pembedahan kecil yang tidak memerlukan kemasukan ke wad. Pembedahan Daycare dijalankan setiap hari Isnin waktu pagi.
8. PUSAT LATIHAN KEPAKARAN PEMBEDAHAN AM
Memberikan latihan kepakaran Pembedahan Ortopedik kepada bakal-bakal Pakar dan kursus dalaman kepada semua kategori kakitangan di Jabatan Ortopedik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Ortopedik.
Rawatan Pesakit Luar
| Nama Klinik |
:
|
Tel | Waktu Operasi | |
| Hari | Waktu | |||
| Klinik Pesakit Luar | Ahad hingga Khamis | 8.00 am hingga 1.00 pm | ||
| Journal Club | Ahad | 2.00 pm hingga 5.00 pm | ||
| X-Ray Conferance | Isnin | 2.00 pm hingga 5.00 pm | ||
| H/O Teaching | Selasa | 2.00 pm hingga 5.00 pm | ||
|
M/O Teaching/ Journal Club/Mortility |
Rabu | 2.00 pm hingga 5.00 pm | ||
| X-Ray Conferance | Khamis | 2.00 pm hingga 3.30 pm | ||
Rawatan Pesakit Dalam
| Ward | Tel | Waktu Melawat | ||
Piagam Pelanggan

