PENGENALAN
Unit Keselamatan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) di tubuhkan pada 19 Disember 2010 dengan jumlah anggota yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seramai 161 termasuk pegawai dan kakitangan.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
- Merealisasikan kepentingan keselamatan perlindungan selaras dengan Visi HSAJB.
MISI
- Berusaha meningkatkan kemahiran profesionalisme dan produktiviti kami untuk membantu rakyat mencapai aspirasi Negara.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan pengurusan keselamatan perlindungan secara optima 24 jam dengan cekap, berhemah dan profesional mengikut piawaian dan peraturan keselamatan perlindungan kebangsaan berdasarkan Akta Rahsia Rasmi 1972, Buku Arahan Keselamatan dan Pekeliling berkaitan yang berkuatkuasa.
- Memberi dan memastikan keselamatan perlindungan keselamatan dokumen terperingkat, personal, fizikal dan ICT di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada tahap yang lebih baik.
- Memastikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan kesihatan di Hospital Sultanah Aminah Johor bahru beroperasi dengan baik setiap masa.
- Mengkaji dan memperoleh peralatan kelengkapan keselamatan terkini bagi memastikan kawalan keselamatan Hospital dapat dilaksanakan dan berfungsi dengan baik.
DIREKTORI
BIL | NAMA PEGAWAI | JAWATAN | NO. SAMB |
1 | Nor Hafiz bin Bahari | Pen.Peg.Keselamatan Kanan (Ketua Unit Keselamatan/ Operasi) | #0076 |
2 | Muhammad Khairul Nizam bin Abd Hamid | Pen.Peg.Keselamatan (Bhgn. Operasi) | #0079 |
2 | Subaiah binti Mat Sarif | Pen.Peg.Keselamatan (Bhgn.Pengurusan) | #0078 |
4 | Muhamad Suhairi bin Supian | Pemb. Keselamatan Kanan (Bhgn.Pengurusan) | |
5 | Mohamad Zuraimy bin Abd Rahman | Pemb.Keselamatan (Bhgn.Pengurusan) | #0077 |
6 | Eddy Asmawi bin Masrom | Pemb.Keselamatan ( Penyelia Syif Alpha) | #0080 |
7 | Siti Noorbazurah binti Rosman | Pemb.Keselamatan (Penyelia Syif Bravo) | |
8 | M.Lukman Hakim bin Badrul Hisham | Pemb.Keselamatan (Penyelia Syif Charlie) | |
9 | Mohd As Shahiddan bin Jafri | Pemb.Keselamatan ( Penyelia Syif Delta) | |
10 | Muhammad bin Hassan | Pemb.Keselamatan ( Penyelia Seksyen Trafik) | |
11 | Mohd Norazani bin Abdul Rahman | Peng.Keselamatan Kanan ( Penyelia Seksyen Preman) |
PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN
- Unit Keselamatan memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan dokumen, fizikal dan peribadi kepada semua kakitangan, pesakit dan orang awam yang berurusan di HSAJB.
WAKTU OPERASI
- Pejabat Unit Keselamatan
Waktu Pejabat (7.30am - 4.30pm, 8.00am - 5.00pm, 8.30am - 5.30pm, 9.00am - 6.00pm)
- Seksyen Trafik
Waktu Pejabat (7.30am - 4.30 pm, 8.00am - 5.00pm, 8.30am - 5.30pm, 9.00am - 6.00pm)
- Seksyen Preman
Waktu Pejabat (7.30am - 4.30 pm, 8.00am - 5.00pm, 8.30am - 5.30pm, 9.00am - 6.00pm)
- Seksyen Lapangan (24 Jam mengikut giliran syif)
Syif pagi - 7.00am - 3.00pm
Syif petang - 3.00pm - 11.00pm
Syif malam - 11.00pm - 7.00am
PIAGAM PELANGGAN
-
Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberi khidmat dalam keselamatan perlindungan maksimum secara profesional dan berkesan. Dengan itu kami akan :
- Berusaha memberi kesedaran mengenai keselamatan fizikal, dokumen, personal dan ICT kepada warga kerja dan orang ramai dengan efektif.
- Menentukan dan memastikan aspek-aspek keselamatan di Hospital dan berusaha membuat tindakan pencegahan yang bersesuaian.
- Mengambil tindakan bantu mula terhadap makluman kes kecemasan dalam tempoh masa lima belas minit (15) minit.
- Menjalankan siasatan terhadap aduan pelanggaran keselamatan perlindungan di bawah buku Arahan Keselamatan dan Akta Rahsia Rasmi 1972 dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima.
- Mengemukakan tindakan susulan / maklumbalas dan laporan dalam tempoh masa tujuh (7) hari selepas siasatan dijalankan keatas sebarang bentuk pelanggaran keselamatan yang berlaku.
- Memaklumkan dan mengemukakan laporan kehadiran pegawai / kakitangan Unit keselamatan dan juga masalah tatatertib dari masa ke semasa kepada pihak pengurusan Hospital.
- Melakukan Inspektorat di setiap jabatan / wad / unit yang melibatkan aspek keselamatan fizikal dan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, Arahan Keselamatan dan pekeliling berkaitan.