Pengenalan
Jabatan Rekod Perubatan terletak di bangunan Asrama Jururawat 2 (6 tingkat) bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Mahmoodiah.
Peranan Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah untuk memberikan perkhidmatan mengikut garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkhidmatan Rekod Perubatan adalah elemen penting dalam pengurusan rekod perubatan pesakit. Ia merupakan sumber maklumat perawatan pesakit yang menunjukkan perkembangan perubatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.Skop Perkhidmatan
Antara skop perkhidmatan utama adalah :
Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
Pengurusan Laporan Perubatan dan Medico-Legal
Statistik dan Casemix
Objektif, Visi dan Misi
OBJEKTIF
Menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan pengumpulan, penganalisaan dan pembekal maklumat kesihatan bagi kegunaan pihak pengurusan hospital bagi tujuan penilaian dan perancangan perkhidmatan perawatan pesakit yang lebih berkualiti di hospital dan Kementerian Kesihatan amnya.
VISI
Sebagai pusat informasi dan dokumentasi pesakit
MISI
Memberikan perkhidmatan terbaik berdasarkan kepuasan pelanggan dengan mengamalkan budaya korporat
Piagam Pelanggan
Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan tepat di dalam suasana yang selesa, mesra dan bersopan santun.
Tempoh menunggu bagi memproses setiap permohonan laporan perubatan selepas permohonan yang lengkap diterima adalah selama 28 hari bekerja.
Tempoh menunggu bagi memproses setiap permohonan laporan bedah siasat selepas permohonan yang lengkap diterima adalah selama 8 minggu.
Tempoh masa di atas adalah sebagai sasaran maksimum, namun demikian setiap laporan yang disiapkan lebih awal akan diserahkan kepada pemohon secepat mungkin.
Fungsi
Unit Pengurusan Rekod Perubatan
Menyimpan dan menyelenggara Rekod-rekod Pesakit Dalam (RPP), kad A&E, X-Ray dan lain-lain yang berkaitan.
Penyediaan Rekod Perubatan Pesakit bagi Permohonan Laporan Perubatan, peminjaman wad dan klinik serta kajian.
Pelupusan Dokumen Peakit.
Pemindahan Rekod Perubatan Pesakit ke Stor Berpusat JKNJ.
Mengendalikan peminjaman filem X-Ray untuk tujuan rawatan.
Unit Pengurusan Laporan Perubatan & Medical Legal
Menguruskan permohonan laporan perubatan daripada pelbagai berbagai pihak dan agensi seperti orang awam, Polis, Peguam, Insurans dan lain-lain
Mengendalikan dokumen bagi kes-kes Perundangan Perubatan/ Medico legal
Pengesahan kemasukan wad
Pengesahan Lewat kelahiran
Mengendalikan persidangan Jemaah Perubatan bagi PERKESO dan KWSP
Unit Statistik
Menerima, menyemak, menganalisa dan menyediakan laporan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan bagi kegunaan pelanggan dalaman dan luaran dan juga pihak pengurusan tertinggi bagi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
- Reten Pesakit Dalam(PD)
- Reten Pesakit Luar (PL)
- Reten Perkhidmatan Sokongan Klinikal
- Reten Rawatan Harian
Menguruskan permohonan bagi perubahan bilangan katil rasmi & katil operasi hospital. Katil rasmi HSAJB adalah 1206.
Unit Kluster & Casemix
- Membina rangkaian klinikal yang lebih baik di Hospital Kluster Johor Selatan melalui sumber-sumber yang sedia ada
- Membantu menyediakan kemudahan perkhidmatan kepakaran yang saksama di kawasan sekitar Johor Selatan.
- Meningkatkan jaringan kesinambungan latihan dan pengajaran dalam Hospital Kluster Johor Selatan.
- Membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan semua hospital di dalam Kluster Johor Selatan melalui penyeragaman sistem dan cara kerja.
- Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kesihatan diantara ahli-ahli Hospital Kluster melalui penggunaan teknologi.
Melaksanakan sistem Casemix (Klinikal)
- Menyelaras kemasukan data iaitu data klinikal dan kewangan.
- Menyelaras pengesahan input data bagi data klinikal dan kewangan
- Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan Casemix.
- Mengkaji maklumat-maklumat terbitan daripada Modul Executive Information System seperti :
- Major Disgnosis categories (MDC)
- Diagnosis Related Group (DRG)
- Severity of Illness (SOI)
- Case Group Weight (CGW)
- Casemix Index (CMI)
-Menjalankan latihan secara berterusan:
- Ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi klinikal
- Penetapan kod ICD 10
Melaksanakan sistem Casemix (Kewangan)
- Mengkaji dan membentangkan perbelanjaan jabatan menurut pengiraan Sistem casemix:
- Menyelaras aktiviti Audit Klinikal di peringkat Hospital
- Menyediakan Laporan tahunan sistem casemix hospital dan lain-lain laporan yang diperlukan
Maklumat Perhubungan
Ketua Jabatan Rekod Perubatan : En. Mohd Khairul Ikhwan bin Ahmad Khairiz samb. 2934
Ketua Bahagian Pengurusan Rekod Perubatan : Pn. Hjh. Norlida binti Ali samb. 2933
Ketua Unit Pengurusan Laporan Perubatan & Medico-Legal : Pn. Sarina binti Mohd Shukeri samb. 2701
Ketua Unit Statistik : Pn. Surinalmasayu binti Abu Kassim samb. 2411
Sebarang pertanyaan sila kemukakan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laporan Perubatan
Jenis Laporan |
Bayaran |
|
WARGANEGARA |
BUKAN WARGANEGARA |
|
Laporan Perubatan Biasa |
RM 40.00 |
RM 120.00 |
Laporan Perubatan Ringkas Pakar |
RM 80.00 |
RM 240.00 |
Laporan Perubatan Pakar Terperinci |
RM 200.00 – RM 1000.00 |
RM 400.00 - RM 2000.00 |
Laporan Bedah Siasat |
RM 400.00 – RM 1000.00 |
RM 400.00 – RM 1000.00 |
Borang KWSP |
RM 40.00 |
- |
Borang KWSP (Hilang Upaya) Psikiatri |
RM 80.00 |
- |
Borang PERKESO |
RM 40.00 |
- |
Borang Insurans |
RM 40.00 |
RM 120.00 |
Laporan MRI / CT Scan |
RM 200.00 – RM 1000.00 |
RM 200.00 – RM 1000.00 |
Laporan Pendua |
RM 20.00 |
RM 20.00 |
- Caj tambahan boleh dikenakan tertakluk kepada jenis laporan yang disediakan.
- Pembayaran boleh dibuat secara :
- Tunai (dibayar di kaunter Unit Pengurusan Laporan Perubatan, Jabatan Rekod Perubatan pada waktu bekerja)
- Wang pos atas nama Pengarah Hospital Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
- Bank Draf
- Cek Syarikat
DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN LAPORAN PERUBATAN / LAPORAN BEDAH SIASAT
- Salinan K.P (Pesakit/Waris/Saksi), Surat beranak(bagi pesakit bawah 18 tahun) dan Passport (warga asing).
- Salinan Kad rawatan / temujanji pesakit (muka depan & belakang)/ Bil Hospital sebagai bukti rawatan.
- Salinan cuti sakit (semua mc yg diterima dari HSAJB sahaja).
- Salinan Sijil Kematian, Permit Penguburan,sijil nikah/perkahwinan dan slip post mortem (jika ada) *bagi kes mati sahaja.
- Bagi warga asing yang tiada waris, sila dapatkan surat kebenaran dari kedutaan Negara berkenaan.
- Cop Peguam/insuran/majikan di bahagian pemohon sekiranya permohonan dibuat oleh pihak tersebut.
- Borang-borang tuntutan yang berkaitan (cth KWSP, PERKESO, Buruh 90, Insurans dsb)
- Salinan repot polis bagi kes kecederaan atau kemalangan.
Wakil yang hadir untuk mengambil laporan bagi pemohon perlu mempunyai surat turun kuasa dan salinan kad pengenalan pengambil disertakan.
SEMAKAN STATUS SECARA ATAS TALIAN
Semakan status Permohonan laporan perubatan / laporan bedah siasat (Link ELP)
WAKTU OPERASI KAUNTER LAPORAN PERUBATAN
Ahad – Rabu : 8.00am – 3.30pm
Rehat : 1.00pm – 2.00pm
Khamis : 8.00am – 1.00pm
Jumaat & Sabtu : TUTUP