PENGENALAN
Perubatan Nuklear adalah salah satu bidang perubatan yang menggunakan produk-produk beradioaktif bagi mengesan atau merawat penyakit. Produk beradioaktif untuk kegunaan perubatan boleh wujud dalam bentuk radioisotop sahaja ataupun radioisotop yang dikombinasi dengan bahan farmaseutikal tertentu menjadi radiofarmaseutikal. Produk beradioaktif ini dimasukkan ke dalam tubuh pesakit sama ada melalui suntikan atau minum/makan atau sedut.
Bagi proses pengesanan penyakit, pesakit akan diimbas dengan menggunakan alat pengesan sinaran seperti kamera gamma SPECT (Single Photon Emission Computed Tomography) atau PET (Positron Emission Tomography). Taburan bahan radiofarmaseutikal di dalam badan akan dikesan dan maklumat mengenai fungsi organ tertentu dalam badan dapat diperolehi. Maklumat yang diperolehi daripada prosedur ini membantu perancangan rawatan yang seterusnya untuk pesakit.
Dalam proses pembentukan sesuatu penyakit, perubahan keupayaan fungsi organ yang terlibat sentiasa berlaku lebih awal daripada perubahan fizikalnya. Bidang ini membolehkan doktor-doktor mengesan perubahan fungsi ini dan memberi rawatan yang sepatutnya pada peringkat lebih awal.
Jabatan Perubatan Nuklear Hospital Sultanah Aminah telah diwujudkan pada tahun 1996 bagi memberikan perkhidmatan Perubatan Nuklear kepada pesakit-pesakit daripada hospital-hospital di Zon Selatan Semenanjung Malaysia.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Sebagai pusat rujukan perkhidmatan perubatan nuklear serta pusat latihan dan penyelidikan berdasarkan teknologi terkini di wilayah selatan.
MISI
Kami sebagai satu pasukan Perubatan Nuklear yang komited dalam memberikan perkhidmatan dan latihan yang optimum dan berkualiti tinggi dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan pelanggan tanpa mengabaikan aspek keselamatan sinaran radiasi kepada anggota dan komuniti.
OBJEKTIF
1) Memberi perkhidmatan diagnostik dan terapeutik Perubatan Nuklear secara efisien dan tepat.
2) Mementingkan aspek jaminan kualiti (QA) dalam perkhidmatan serta mengutamakan keselamatan sinaran dalam semua urusan harian.
3) Memastikan setiap anggota mendapat latihan yang berterusan bagi meningkatkan kemahiran profesionalisma dan produktiviti.
4) Memberi latihan dan pendedahan yang diperlukan kepada para pelatih.
5) Memberi komitmen dalam penyelidikan ke arah memajukan bidang perubatan nuklear.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
HARI |
MASA |
JENIS PERKHIDMATAN SKAN |
Ahad |
8.00 am – 5.00 pm |
Myocardial Perfusion Scintiscan Bone Scintiscan |
Isnin |
8.00 am – 5.00 pm |
Myocardial Perfusion Scintiscan Bone Scintiscan |
Selasa |
8.00 am – 5.00 pm |
Myocardial Perfusion Scintiscan Renal Scintiscan/ Parathyroid Scintiscan |
Rabu |
8.00 am – 5.00 pm
2.00 pm – 5.00 pm |
Myocardial Perfusion Scintiscan Renal Scintiscan/ Parathyroid Scintiscan Klinik untuk Terapi Radionuklid Hipertiroid |
Khamis |
8.00 am – 3.30 pm |
Myocardial Perfusion Scintiscan/ MUGA Scintiscan Thyroid Scintiscan Rawatan Terapi Radionuklid Hipertiroid |
Atas Permintaan |
Meckel’s Diverticulum Scintiscan HIDA scintiscan Lymphoscintiscan RBC Tagged Bleeding Scintiscan Lain-lain |
|
* Jadual tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa |
MAKLUMAT LOKASI
Lokasi |
Waktu Operasi Kaunter |
Blok J
|
Ahad – Rabu: 7.30 am – 1.00 pm 2.00 pm – 5.00 pm
Khamis: 7.30 am – 1.00 pm 2.00 pm – 3.30 pm |
Nombor Telefon |
|
07-2257212 07-2257000 ext 2060 |
PIAGAM PELANGGAN
Bagi mencapai objektif Jabatan Perubatan Nuklear, kami beriltizam memberikan perkhidmatan professional dengan penuh berkualiti, tanggungjawab dan kemesraan.
Bagi urusan mendapatkan temujanji, anda akan dilayan dalam tempoh masa 10 minit.
Tempoh perkhidmatan diagnostik di jabatan ini akan dijalankan mengikut teknik pemeriksaan seperti berikut:
Teknik Pemeriksaan |
Tempoh Masa Pemeriksaan |
Immediate imaging seperti Meckel’s Diverticulum Scintiscan, Thyroid Scintiscan dan Renal DTPA/MAG3 Scintiscan |
~ 90 minit |
Delayed imaging seperti Bone Scintiscan dan Renal DMSA Scintiscan |
~ 4 jam |
Serial imaging seperti Myocardial Perfusion Scintiscan dan HIDA Scintiscan |
~ 5 jam |
Laporan lengkap pemeriksaan akan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja bagi kes biasa dan 2 hari bekerja bagi kes kecemasan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemuskilan atau aduan sila hubungi pegawai perhubungan pelanggan yang telah dilantik.