PENGENALAN
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi kini telah dikenali sebagai Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal mengikut kepada senarai bidang kepakaran di bawah program perubatan dalam Bahasa Inggeris (Anaesthesiology & Critical Care) dan Bahasa Melayu (Anestesiologi & Rawatan Kritikal) yang disenaraikan dalam Daftar Pakar Majlis Perubatan Malaysia.
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal merupakan di antara jabatan yang terpenting di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan juga merupakan Pusat Rujukan Rawatan Kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal menyediakan perkhidmatan klinikal seperti Perkhidmatan Perioperatif Anestesia, Perkhidmatan Pengurusan Kesakitan, Perkhidmatan Subkepakaran Anestesia, Unit Rawatan Kritikal (ICU), dan Respiratory and Haemodynamic Unit (RHU).
VISI, MISI, & OBJEKTIF
VISI
- Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal, HSAJB akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional berasaskan teknologi terkini dan bersesuaian di dalam persekitaran kerja yang selamat dan progresif.
MISI
- B.Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal HSAJB akan memberikan perkhidmatan kepada semua pesakit yang memerlukan dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian, inovatif serta menitikberatkan aspek-aspek keselamatan, profesionalisma dalam lingkungan kerja yang harmoni dan berpengetahuan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF
- Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal, HSAJB akan memberikan memastikan setiap pesakit yang menjalani prosedur / pembedahan diberi anestesia (pembiusan) dengan selamat, berkesan dan profesional serta menyediakan perkhidmatan rawatan kritikal kepada pesakit-pesakit tenat dan mengutamakan kerja berpasukan bersama jabatan lain untuk mencapai yang terbaik dalam perawatan pesakit.
DIREKTORI
Pejabat Pentadbiran Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal
Nombor sambungan : 3409
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Unit Acute Pain Service (APS)
Nombor sambungan : 2151
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Peri Anaesthesia Klinik (S1/S2)
Nombor sambungan : 2317
Unit Dewan Bedah (OT)
Nombor sambungan : 2114
Unit Rawatan Kritikal (ICU)
Nombor sambungan : 3237
PERKHIDMATAN
A. Perkhidmatan Perioperatif Anestesia
- Klinik Anestesia
- Anestesia dalam Dewan Bedah
- Anestesia di luar Dewan Bedah
B. Perkhidmatan Pengurusan Kesakitan
- Kesakitan Akut
- Kesakitan Kronik
- ‘Analgesia’ Obstetrik
C. Perkhidmatan Subkepakaran Anestesia
- Kardiotorasik Anestesia dan Perfusi (KAP)
D. Unit Rawatan Kritikal (ICU)
E. Respiratory and Haemodynamic Unit (RHU)
WAKTU OPERASI
A. DEWAN BEDAH ELEKTIF
- Ahad - Khamis: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Sabtu : 8.00 pagi - 1.00 petang
- Jumaat dan Cuti Umum : Tutup
B .DEWAN BEDAH KECEMASAN
- Setiap hari: 24 Jam
C. UNIT RAWATAN KRITIKAL (ICU)
- Setiap hari: 24 Jam
D. KLINIK S1/S2
- Ahad - Khamis: 8.00 pagi – 4.00 petang
- Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum : Tutup
E. PEJABAT PENTADBIRAN
- Ahad-Khamis: 8.00 pagi – 5.00 petang
- Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
- Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : Tutup
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi perkhidmatan pembiusan dan perawatan yang cekap dan tepat kepada setiap pelanggan mengikut keutamaan penyakit dengan layanan yang mesra.
- Menerima kes-kes rujukan yang dirujuk mengikut garis panduan dan KPI yang telah ditetapkan.
- Pesakit-pesakit akan dirawat berdasarkan tahap kritikal dengan segera oleh semua pegawai dan kakitangan anestesiologi yang bertugas.
- Semua kes rujukan segera yang diterima dari luar hospital ke Jabatan Anestesiologi & Rawatan Kritikal perlu dirujuk kepada pegawai perubatan dan penilaian di Jabatan Kecemasan HSAJB.
- Laporan perubatan dan laporan perubatan pakar oleh pegawai perubatan pakar mengikut tempoh yang ditetapkan berdasarkan kes.
- Keperibadian dan kerahsiaan pesakit adalah tanggungjawab kami. Sebarang aduan / penghargaan akan dinilai mengikut saluran yang betul dan maklum balas segera akan dikeluarkan setelah hasil siasatan dibuat.