PENGENALAN
Perpustakaan Perubatan, Hospital Sultanah Aminah (PPHSA) telah diasaskan pada tahun 1968 di Tingkat 6, Bangunan Induk HSA selari dengan kewujudan Pusat Latihan Lanjutan Perubatan HSA. Setelah melalui beberapa kali proses permindahan sementara, PPHSA telah ditempatkan di Bangunan Pusat Bersalin pada 28 Mac 1994 sehingga 03 Mac 2008. Kemudian lagi sekali PPHSA diarah berpindah ke Bangunan Rose dan berkuatkuasa 04 Mac 2008 PPHSA telah mula beroperasi di Bangunan Rose dan kini beroperasi bersama Pusat Sumber Diabetes. Perpustakaan Perubatan bertanggungjawab mendokumentasi bahan-bahan perpustakaan mengikut standard antarabangsa dan kebangsaan. Selain itu, PPHSA juga menyediakan perkhidmatan selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
- Memperolehi bahan-bahan perpustakaan iaitu buku, jurnal dan sumber media melalui pembelian/ langganan, hadiah atau sumbangan.
- Menyokong Hospital Sultanah Aminah sebagai pusat penyebaran maklumat perubatan dan kesihatan menerusi koleksi bahan perpustakaan yang dimiliki serta aktiviti yang dijalankan.
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang melalui pembekalan maklumat yang lengkap dan terkini serta peralatan audio visual yang baik.
PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN
Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Perubatan, HSA ialah:-
Keahlian :
Terbuka untuk semua kakitangan Hospital Sultanah Aminah, JB dan keahlian adalah percuma.
Pinjaman :
- Hanya kepada pengguna yang menjadi ahli perpustakaan sahaja. Hanya 2 buku dan 1 jurnal dibenarkan dalam satu tempoh pinjaman.
- Tempoh pinjaman bahan adalah selama 1 minggu termasuk hari cuti
- Pembaharuan - hanya dibenarkan selama seminggu, sekiranya buku tidak ditempah. Pembaharuan ulangan tidak dibenarkan, dan pinjaman semula hanya selepas dua minggu buku dikembalikan. Pembaharuan terhadap jurnal adalah tidak dibenarkan
- Tempahan - Bahan yang dipinjam oleh pengguna lain boleh ditempah dan tempahan akan terbatal sekiranya pengguna tidak mengambil bahan dalam tempoh 24 jam
- Pemulangan - Semua bahan mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh akhir pinjaman.
Perkhidmatan Elektronik :
Ahli perpustakaan boleh menggunakan perkhidmatan internet dengan percuma. Pengguna juga boleh mendapatkan bahan rujukan (ebook dan jurnal) secara atas talian yang disediakan KKM di http://vlib.moh.gov.my/ . Pengguna boleh menghubungi Unit Perpustakaan Perubatan HSA di talian Samb. 3004 untuk maklumat lanjut.
Perolehan Artikel :
Ahli PPHSA boleh membuat permohonan keatas artikel jurnal yang tidak terdapat di PPHSA.