PENGENALAN
Jabatan Radiologi dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pengimejan Diagnostik merupakan satu perkhidmatan sokongan yang berperanan penting dalam memberi perkhidmatan pengimejan diagnostik termasuk perkhidmatan teraputik invasif tertentu. Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk pesakit luar dan pesakit dalam Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) serta semua pesakit dari hospital kerajaan dan juga klinik-klinik kesihatan yang dirujuk ke HSAJB terutamanya dalam negeri Johor. Perkhidmatan Radiologi terdapat di tiga lokasi, jabatan induk terletak di bangunan setingkat bersebelahan Jabatan Sajian dan Dietetik.
Unit Radiologi kedua menyedikan perkhidmatan radiografi am untuk klinik-klinik pakar yang terletak di tingkat bawah bangunan Poliklinik. Unit ini hanya terdapat dua buah bilik pemeriksaan radiografi am dan sebuah bilik radiografi am pergigian. Lokasi unit Radiologi ketiga adalah di Jabatan Kecemasan dan Trauma yang mula beroperasi sejak 2009 dan hanya menempatkan hanya satu bilik pemeriksaan radiografi am untuk pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Untuk menjadi satu jabatan yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti berasaskan teknologi terkini bersesuaian dengan persekitaran yang selamat.
MISI
Memberikan perkhidmatan pengimejan diagnostik dan prosedur teraputik kepada pelanggan dengan menitikberatkan aspek keselamatan, profesionalisma dan kerja berpasukan.
OBJEKTIF
Menyediakan dan memastikan prosedur diagnostik dan teraputik pengimejan diberi dengan cepat, tepat dan selamat.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Radiologi adalah seperti berikut:-
- Radiografi am
- Computed Radiography (CR)
- Radiografi mudah gerak
- Ultrasonografi (USG)
- Full Field Digital Mammography
- Fluoroskopi
- Tomografi Berkomputer (CT scan)
- Bi-Plane Angiografi
- Magnetic Resonance Imaging (MRI)
- Bone Densitometry
- Tomografi Berkomputer mudah gerak (Ceretom) - di wad Neuro High Dependency Unit (milik Jabatan Neurosurgeri)
- Tomografi Berkomputer (Sliding Gantry) - di dewan bedah Jabatan Neurosurgeri (milik Jabatan Neurosurgeri)
- Mobile Image Intensifier(II) - di dewan bedah utama (milik Jabatan Urologi dan Ortopedik)
- Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL) - di Klinik Urologi (milik Jabatan Urologi)
- Cone Beam Computerized Tomography (CBCT) - di Unit Radiologi Poliklinik (milik Jabatan Pergigian)
WAKTU OPERASI
UNIT |
PERKHIDMATAN |
MASA PERKHIDMATAN |
Jabatan Radiologi Induk |
Radiografi am |
· Klinik Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
· Wad : 24 jam |
Radiografi mudah gerak |
Wad : 24 jam |
|
Tomografi Berkomputer (CT scan) |
· Temujanji Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
· Jabatan Kecemasan dan wad : 24 jam
|
|
Magnetic Resonance Imaging (MRI) |
· Temujanji Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang
· Selepas waktu pejabat: kes kecemasan sahaja |
|
Fluroskopi |
||
Ultrasonografi |
||
Angiografi |
||
Bone Densitometry |
Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang |
|
Digital Mammografi |
||
Unit Radiografi Poliklinik |
Radiografi am |
Ahad hingga Khamis: 7.30 pagi – 1.00 petang |
Cone Beam Computerized Tomography (CBCT) |
||
Unit Radiografi Jabatan Kecemasan dan Trauma |
Radiografi am dan mudah gerak |
24 jam |
Perkhidmatan di OT |
Fluroskopi C-Arm |
24 jam |
Perkhidmatan di Jabatan Neurologi |
Tomografi Berkomputer (CT scan) Brain Suite |
Ahad hingga Khamis : 24 jam mengikut kes yang dijadualkan |
Tomografi Berkomputer Mudah Gerak (Ceretom) |
Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang |
|
Perkhidmatan di Jabatan Urologi |
Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL) |
Ahad hingga Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi – 3.30 petang |
PIAGAM PELANGGAN
Kami akan berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap, efektif dan selamat pada setiap masa serta mesra pelanggan mengikut kemampuan yang ada.
- Pemeriksaan:-
- Radiografi Am:
Pemeriksaan Radiografi am (1-2 bahagian) akan dijalankan / disiapkan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran dilakukan.
Pemeriksaan Radiografi am di Jabatan Kecemasan (1-2 bahagian) akan dijalankan / disiapkan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran dilakukan.
- Radiologi Khas:
Pemeriksaan Radiologi khas akan dijalankan dalam tempoh 180 minit selepas pendaftaran dilakukan.
- Radiografi Mudahgerak:
- Permohonan bukan kecemasan akan dilakukan/siap dalam tempoh 120 minit selepas kes didaftarkan.
- Permohonan kes kecemasan akan dilakukan/siap dalam tempoh 45 minit selepas didaftarkan.
- Laporan Pemeriksaan :-
Laporan ke atas pemeriksaan Radiologi am/khas akan siap dalam tempoh 14 hari bekerja bagi pesakit luar dan 2 hari bekerja bagi pesakit dalam (dari tarikh pemeriksaan dilakukan/permohonan laporan) KECUALI kes tenat/kecemasan.
Keutamaan pemeriksaan akan diberi kepada :
- Pesakit dari Red Zone/Yellow Zone Jabatan Kecemasan mengikut keadaan keutamaan
- Kanak-kanak <2 tahun dan warga emas >75 tahun
- Orang kelainan upaya (OKU)
- orang kena tuduh (OKT)/tahanan polis dan dari penjara
- Pesakit dari wad/klinik psikiatrik
- Pesakit dari wad yang tenat mengikut keadaan keutamaan
- Pesakit-pesakit lain yang di anggap perlu oleh Pakar Radiologi untuk diberi keutamaan