PENGENALAN
Jabatan Perubatan Respiratori beroperasi untuk mengendalikan kes-kes yang melibatkan permasalahan di bahagian paru-paru. Jabatan ini terletak di bangunan teratai dimana klinik dan beberapa diagnostic prosedur beroperasi di bangunan tersebut. Perkhidmatan perawatan yang disediakan adalah berkaitan dengan penyakit tibi dan penyakit paru-paru yang lain seperti asma, COPD dan penyakit tidur.
VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Perubatan Respiratori, merangkumi penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan dan penyelidikan dalam pasukan yang mantap, profesional dan mesra pelanggan.
Misi
Sentiasa responsive terhadap kehendak semua pelanggan
Mengamalkan budaya kerja korporat yang bercirikan kerja secara berpasukan, sikap penyayang, professional dan mesra
Menjalankan program latihan secara berterusan
Berkongsi tanggungjawab dengan pelanggan yang terlibat dan juga masyarakat setempat
Objektif
- Menyediakan penjagaan kesihatan yang holistic merangkumi aspek promotive, preventif, kuratif, rehabilitasi dan paliatif berasakan nilai-nilai murni dan mesra pelanggan.
- Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif bagi membolehkan pegawai berkhidmat dengan cemerlang.
- Menjadikan Klinik Pakar Perubatan Respiratori sebagai pusat rujukan yang cemerlang dan menonjol dalam bidang perubatan respiratori.
PERKHIDMATAN / RAWATAN YANG DITAWARKAN
- Bronchoscopy
- Lung Function Test (Spirometry)
- Full Lung Function Test
- Full Polysomnograpghy (PSG)
- Mantoux Test
- Klinik pesakit luar
- Directly Observed Therapy (DOT) untuk pesakit tibi
MAKLUMAT LOKASI KLINIK / WAD
Nama klinik |
Lokasi |
Waktu operasi |
Klinik Pakar Perubatan Respiratori (Klinik Dada) |
Aras 1, Bangunan Teratai |
Pendaftaran 08.00 pagi – 12.00 tengahari 02.00 petang – 04.00 petang
Waktu Klinik Ahad 08.00pagi – 12.00 tengahari -Tibi Isnin 08.00 pagi – 12.00 tengahari - Asma, COAD, COPD, Cancer, Bronchiectasis, Lung Nodule 02.00 petang – 4.00 petang - OSA Selasa 08.00 pagi – 12.00 tengahari - Post COVID-19 Rabu 08.00 pagi – 12.00 tengahari - Tibi 02.00 petang – 4.00 petang - OSA Khamis - Grand round |
Nama wad |
Lokasi |
Waktu operasi |
Wad Tibi |
Wad lavender B, Hospital Permai |
24 jam |