PENGENALAN
Jabatan Kerja Sosial Perubatan memberi perkhidmatan kerja sosial dalam perawatan pesakit yang lebih efektif dan berkesan. Terletak di Aras Bawah, Bangunan Induk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Diterajui oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S54, dianggotai oleh seorang PKSP Gred S52, 3 orang PKSP Gred S44, seorang PKSP Gred S41, seorang Penolong Pegawai Pembanguan Masyarakat Gred S29 jawatan kader dari Jabatan Kebajikan Masyarakat serta seorang Pembantu Tadbir Gred N19.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dankomuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
PERKHIDMATAN KAMI
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di hospital, institusi dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perkhidmatan ini merangkumi:-
1. Pengurusan Bantuan Praktik
- Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan / rawatan/ am).
- Penempatan Institusi.
- Mengesan Waris.
2. Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
- Khidmat Perundingan.
- Sokongan Emosi.
- Intervensi Krisis.
3. Bantuan praktik dan terapi sokongan diberikankepada kes-kes berikut, antaranya:
- Penderaan dan Pengabaian Kanak-kanak.
- Ibu Tanpa Nikah.
- Keganasan Rumahtangga.
- Jenayah Seksual.
- Pesakit Akut dan Kronik.
- Orang Kurang Upaya (OKU).
- HIV Positif/ AIDS.
- Ketagihan Dadah/ Alkohol.
4. Sistem Perkhidmatan
Sistem penyampaian Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan berdasarkan rujukan yang diterima dari Pakar/Pegawai Perubatan di hospital, institusi dan klinik kesihatan. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini, terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar. Dokumen rujukan perlu dikemukakan secara manual atauelektronik.
5. Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan di wad atau di Jabatan Kerja Sosial Perubatan mengikut keadaan dan keperluan pesakit.
6. Perkhidmatan Pesakit Luar
Pesakit luar yang datang ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan diberi temujanji atau dilayan terus untuk mendapatkan perkhidmatan mengikut keperluan kes. Rujukan pesakit diterima dari semua klinik pakar di Hospital Sultanah Aminah.
7. Fasiliti dan Kelengkapan
- Pesakit dalam menerima perkhidmatan di bilik yang disediakan atau di wad bergantung kepada keadaan pesakit.
- Pesakit luar menerima perkhidmatan di bilik pegawai/ runding cara Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
MAKLUMAT LOKASI
Nama Jabatan |
Lokasi |
Waktu Operasi |
Jabatan Kerja Sosial Perubatan |
Aras Bawah Bangunan Utama, Hospital bahagia Ulu Kinta |
Ahad - Rabu 7.30 pagi hingga 1 petang 2.00 petang hingga 5.00 petang
|
Khamis 7.30 pagi hingga 1 petang 2.00 petang hungga 3.30 petang |
*Ditutup pada hari minggu Jumaat & Sabtu dan hari kelepasan am.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon