PENGENALAN
Jabatan Dermatologi memulakan perkhidmatannya di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada tahun 1967 bertempat di bangunan kuaters lama di tempat parkir di depan PP1sekarang, dengan lima anggota termasuk Ketua Jabatan, Dr K Rajagopalan. Semasa itu perkhidmatan bertumpukan rawatan kusta di Hospital Kusta Tampoi, penyakit kelamin dan rawatan kes-kes penyakit kulit yang dirujuk.
Pada tahun 1988, di bawah Ketua Jabatan Dr Low Seang Gip, perkembangan pesat jabatan Dermatologi diperluaskan dengan lawatan pakar ke daerah Muar dan Batu Pahat setiap selang sebulan. Dalam tahun 1991daerah Pontian juga dilawat. Pada akhir tahun 1991 jabatan Dermatologi berpindah ke Tingkat 3, Bangunan Poliklinik.
Pada tahun 1992, dengan lantikan Dr Choon Siew Eng sebagai Ketua Jabatan, bermulalah era baru bagi jabatan Dermatologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Perkhidmatan jabatan Dermatologi diperluaskan, di samping rawatan kusta, penyakit kelamin dan penyakit kulit, perkhidmatan rawatan khas seperti pembedahan kecil menggunakan radiosurgeri, alergi kontak dengan menjalani ujian tampalan (patch testing), iontoforesis, dan fototerapi mula ditawarkan. Beban kerja pada masa itu adalah 8000 pesakit dan tiada sistem temujanji. Tapak kusta masih ada penghuni tetapi perkhidmatan Hospital Kusta telah dihentikan pada tahun 1990. Lawatan pakar ke daerah diperkukuhkan dengan lawatan ke Pontian, Mersing, Kluang dan Muar. Sejak November 2004 Sistem Teleprimary Care, sistem pengendalian rekod pesakit secara elektronik, dilancarkan dan bermulalah sistem temujanji dengan rujukan yang dapat mengawal kehadiran klinik dengan lebih teratur.
Dengan perkembangan negeri Johor yang pesat dan pembinaan beberapa hospital daerah yang baru, lawatan pakar perlahan-lahan dikurangkan tetapi lawatan ke hospital Kluang masih diteruskan. Sejak 2020 disebabkan Covid-19 lawatan tersebut tergendala. Beban kerja jabatan ini semakin pesat dan mencecah 31691 pada tahun 2020.
Sejarah Senarai Ketua Jabatan Dermatologi Dari Permulaan Sehingga Kini
Pertama |
1967 – 1971 |
Dr. K Rajagopalan |
Kedua |
1974 – 1980 |
Dr. T Ganesapillai |
Ketiga |
1980 – 1988 |
Dr. Kader Bin Mohammad |
Keempat |
1988 – 1991 |
Dr. Low Seang Gip |
Kelima |
1991 – 1992 |
Dr. Wong Leun Heng |
Keenam |
1992 – 2017 |
Dr. Choon Siew Eng |
Ketujuh |
2017 – 2022 |
Dr. Tey Kwee Eng |
Kelapan |
2022 - |
Dr. Wong Kit Wan |
VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
Sebagai pusat yang unggul yang menyediakan perkhidmatan rawatan Dermatologi yang bertaraf dunia dan berkualiti tinggi untuk rakyat Johor mencapai taraf kesihatan yang cemerlang,
Misi
Berusaha memberi perkhidmatan yang unggul dengan kemahiran professionalisma yang berpengetahuan tinggi dan produktif, di samping berganding bahu dengan rakyat Johor, untuk penambahbaikan kesihatan kulit, melalui pendidikan promosi kesihatan, pencegahan penyakit kulit, rawatan yang unggul dan rehabilisasi untuk mencapai taraf kesihatan yang cemerlang.
Objektif
Matlamat Am
- Memberi perkhidmatan yang menyeluruh bagi penyakit kulit, penyakit kelamin dan penyakit kusta untuk merendahkan insiden, prevelen dari segi fizikal, sosial dan kosmetik, morbiditi dan mortaliti dan juga untuk memperbaiki tahap kesihatan dan menaikkan produktiviti negara.
- Meningkatkan penglibatan pesakit dalam pengurusan penyakit mereka melalui pendidikan kesihatan dan kaunseling serta menanamkan tingkah laku positif supaya meningkatkan amalan kesihatan kulit dan seksual peribadi.
- Melatih dan menaikkan taraf pengetahuan dan kemahiran pelajar perubatan, paramedik, pegawai perubatan dan pakar klinikal di bidang penyakit kulit, penyakit kelamin dan kusta melalui perkembangan professional yang berterusan.
- Menjalankan penyelidikan dalam bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
- Memastikan kejayaan Program Kawalan Kusta dan Program Kawalan Penyakit Kelamin(Sexually Transmitted Infections)
Matlamat Spesifik
- Menjadi tempat rujukan kepakaran tahap tertiari (tertiary) dalam Dermatologi, penyakit kelamin adan penyakit kusta untuk negeri Johor.
- Memberi perkhidmatan /perundingan kepakaran yang cekap dan berkesan supaya pesakit Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta tidak menanggung kesakitan lebih lama dari sepatutnya akibat penyakit kulit dan masalah penyakit genitourinari di negeri Johor.
- Membantu di dalam pendidikan Dermatologi di tahap pra-siswazah (undergraduate) dan ijazah lanjutan (postgraduate)
- Memberi latihan dalam bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta kepada pakar perubatan dan pegawai perubatan kerajaan.
- Memberi latihan kepada paramedik di bidang Dermatologi, penyakit kelamin dan penyakit kusta.
- Pusat latihan zon selatan untuk pegawai perubatan dalam ijazah lanjutan dalam bidang dermatologi (Advanced Masters in Dermatology program)
- Membangunkan Telemedicine – “Teledermatology” untuk telekonsultasi dan CME/CPD
PERKHIDMATAN KAMI
1. Rawatan Pesakit Luar
- Rawatan pesakit luar bagi kes-kes rujukan dan rawatan pembedahan kecil atau prosedur bagi orang dewasa dan kanak-kanak.
- Semua pesakit diberi perkhidmatan / perundingan, pemeriksaan dan penyiasatan yang diperlukan yang teliti. Pesakit dan jika diberi kebenaran waris mereka, diberikan penerangan tentang penyakit mereka, ujian yang perlu dilakukan, rawatan yang akan diberi termasuk prosedur rawatan jika perlu dan kesan sampingan rawatan.
2. Rawatan Pesakit Dalam Wad
- Memberikan rawatan kepakaran Dermatologi yang berkualiti tinggi kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad perubatan lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
3. Rawatan Pembedahan Kecil dan Prosedur Dermatologi iaitu:
- Prosedur rawatan pembedahan kecil penyakit kulit untuk penyiasatan seperti a. biopsi kulit secara punch, incisional atau excisional.
- slit skin smear
- Prosedur rawatan pembedahan kecil penyakit kulit untuk pembuangan lesi kulit berunsurkan penyakit dan bukan kosmetik menggunakan
- Prosedur rawatan penyakit kulit dan penyiasatan penyakit kulit seperti:
- Chemical Cauterization With Trichloroacetic Acid
- Cryotherapy
- Podophylin Application
- Intralesional Steroid Injections
- Pairing Untuk Kes-Kes Rumit Sahaja
- Iontophoresis
- Fototerapi
- Patch Testing
- Laser (Dihentikan Sementara Sehingga Mesin Baru Dibekalkan)
- Pencucian Luka
- Buka Jahitan ( Suture To Off (Sto) )
- Wood’s Lamp Examination
4. Pusat Rujukan
- Berfungsi sebagai pusat rujukan, sedia menerima dan memberi perkhidmatan rawatan yang sewajarnya kepada semua kes-kes yang dirujuk dari Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan, Klinik Swasta dan Hospital Swasta.
5. Lawatan Pakar Dermatologi Ke Hospital Lain
- Perkhidmatan ini diadakan di Hospital Enche’ Besar Hajah Khalsom,Kluang pada hari Khamis terakhir setiap bulan.
6. Pusat Latihan Kepakaran Dermatologi Zon Selatan
- Sebagai pusat latihan bidang Dermatologi untuk pelajar perubatan pra-siswazah dan pegawai perubatan ijazah lanjutan (postgraduate), pakar kesihatan keluarga, pakar perubatan dalam ijazah lanjutan dalam bidang dermatologi (Advanced Masters in Dermatology program) dan kursus dalaman dan peringkat negeri kepada semua kategori dalam bidang perubatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan perawatan Dermatologi.
7. Perkhidmatan Lawatan Konsultasi Pakar Dermatologi Pediatrik Dari Hospital Kuala Lumpur
- Pakar Dermatologi Pediatrik dari Hospital Kuala Lumpur memberi khidmat konsultasi kes-kes pediatrik yang rumit di samping memberi sesi latihan klinikal kepada Pakar Perunding Dermatologi, Pakar Dermatologi, Pegawai Perubatan dan paramedik jabatan Dermatologi empat kali setahun
8. Pendaftaran Data Kanser (Cancer Registry)
- Pendaftaran data kanser yang melibatkan semua jenis kanser kulit adalah sebagai rekod pemantauan bilangan kes di Johor untuk statistik Kebangsaan dan untuk penyelidikan.
MAKLUMAT KLINIK DI BAWAH JABATAN
Nama Klinik |
Waktu Operasi |
Klinik Dermatologi Khas Kes kes khas yang diberi keutamaan seperti Pesakit yang mengalami penyakit yang rumit Banduan penjara Orang kelainan upaya Pesakit dari Hospital Permai Pesakit yang dibawa atas stretcher Pesakit kusta Pesakit yang di discaj dari wad Pesakit dari daerah lain seperti Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi Klinik Am Dermatologi Klinik yang dikendali oleh Pegawai Perubatan dan atau Pakar Dermatologi Ahad tertentu Clinicopathology Conferance untuk Pakar Dermatologi |
Hari Ahad 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Hari Ahad 2.00 petang hingga 5.00 petang
|
Klinik Am Dermatologi |
Hari Isnin – Selasa 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari 2.00 petang hingga 5.00 petang |
Klinik Genitourinari, Dermatosurgeri dan Prosedur Klinik Am Dermatologi
|
Hari Rabu 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari Hari Rabu 2.00 petang hingga 5.00 petang |
Klinik Am Dermatologi Klinik Pakar Pediatrik Dermatologi 4 kali setahun (Mac, Jun, September, Disember)
Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) |
Hari Khamis 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Hari Khamis 2.00 petang hingga 3.30 petang
|
Semua kes-kes rujukan sahaja diterima
- Rujukan perlu diperolehi dari Pegawai Perubatan dengan surat rujukan rasmi, bercop dan bertandatangan dari klinik / hospital kerajaan atau swasta.
- Kes yang memerlukan rawatan segera, wajib dirujuk kepada Pegawai Perubatan dalam panggilan oleh Pegawai Perubatan klinik / hospital kerajaan / swasta dahulu sebelum menghantar pesakit.
- Semua kes juga perlu mendapatkan temujanji dari pihak klinik terlebih dahulu –samada pesakit atau waris boleh hadir sendiri untuk mendapatkan temujanji atau klinik / hospital kerajaan / swasta yang merujuk boleh menelefon klinik kulit antara pukul 11.45 pagi hingga 1.00 petang atau 3.45 petang – 5.00 petang semasa klinik kurang sibuk untuk mendapatkan temujanji.
- Pesakit tidak digalakkan menelefon sendiri untuk temujanji kerana keadaan klinikal pesakit tidak dapat diberitahu.
- Temujanji diberi secara sistem blok seperti dibawah:-
Bil |
Sesi Pagi |
Sesi Petang |
1 |
8.00 pagi – 9.00 pagi |
2.00 petang – 3.00 petang |
2 |
9.00 pagi – 10.00 pagi |
3.00 petang – 4.00 petang |
3 |
10.00 pagi – 11.00 pagi |
|
4 |
11.00 pagi – 12.00 tengahari |
|
MAKLUMAT LOKASI KLINIK
Nama Klinik
|
Lokasi |
Waktu Operasi |
Klinik Dermatologi dan Genitourinari
No. Telefon Kaunter 07-2231666 atau 07-2257000 sambungan 2623 atau 07-2257223
|
Aras 3, Bangunan Poliklinik Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru |
Pendaftaran |
Ahad – Rabu 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari 2.00 petang hingga 4.00 petang Khamis 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
|
||
Waktu Klinik |
||
Ahad – Rabu 8.00 pagi hingga 1.00 petang 2.00 petang hingga 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi hingga 1.00 petang 2.00 petang hingga 3.30 petang
|
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Jabatan
- Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap, berkualiti dan penyayang, mengutamakan pelanggan.
- Pelanggan akan menerima rawatan pada hari temujanji mengikut nombor giliran yang diberi, walaubagaimanapun pesakit yang tenat dan terlalu uzur akan diutamakan.
- Pelanggan bebas membuat keputusan sendiri berkenaan rawatan yang ditawarkan dan bebas mendapatkan pendapat kedua dari Pakar Dermatologi pilihan mereka di hospital swasta yang lain
- Kami berusaha ke arah :-
- Waktu menunggu untuk pendaftaran (bergantung kepada keadaan semasa di klinik pada masa itu) 10 – 30 minit
- Waktu menunggu untuk berjumpa doktor (bergantung kepada keadaan semasa di klinik pada masa itu) 60 – 90 minit
- Waktu menunggu untuk temujanji pada lazimnya bagi kes baru, tidak segera selama 2 minggu
tetapi semasa pandemik COVID-19 dengan prosedur operasi standard temujanji akan dijarakkan 4-6 minggu - temujanji prosedur yang berunsurkan jangkitan aerosol semasa pandemik COVID-19 akan ditunda sehingga ianya selamat untuk dijalankan supaya penyebaran jangkitan tersebut boleh dielakkan.
- Menyediakan persekitaran yang menyenangkan pelanggan luar dan dalam.
- Bersemangat kerja berpasukan dan profesional dalam semua proses-proses kerja
Kewajiban Pelanggan
- Untuk melicinkan pelaksanaan piagam dengan berkesan pelanggan adalah berkewajipan:-
- Mematuhi serta menghormati semua protokol wad atau polisi hospital yang berkaitan.
- Menjaga kesihatan diri dan masyarakat dengan mematuhi nasihat perubatan yang diberi serta mengamalkan cara hidup sihat.
- Bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan yang disediakan.