PENGENALAN
Jabatan Pediatrik HSAJB memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah. Jabatan Pediatrik HSAJB juga menjadi pusat rujukan bagi zon selatan yang meliputi pelbagai bidang sub kepakaran seperti Jantung kanak-kanak, Fetal Echo, Neonatal, Palliative care dan Neurosurgikal termasuk memberi perkhidmatan lawatan pakar di hospital daerah.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Sebagai pusat perkhidmatan rawatan pediatrik yang unggul, disamping menjadi pusat latihan dan penyelidikan dalam bidang kesihatan kanak-kanak.
MISI
Memberi perkhidmatan pediatrik yang berkualiti melalui semangat kerja berpasukan , penyayang dan profesionalisme demi kepuasan pelanggan.
OBJEKTIF
- Untuk menjadi pusat rujukan rawatan pediatrik
- Untuk menjadi “advocate” bagi kesihatan dan kebajikan kanak-kanak
- Untuk meningkatkan taraf kesihatan kanak-kanak dalam komuniti
- Untuk menyediakan dan menjalankan latihan berterusan dan penyelidikan perubatan
- Untuk mengurangkan kadar kematian dan ketidakupayaan di kalangan kanak-kanak.
PERKHIDMATAN KAMI
PERKHIDMATAN |
LOKASI |
WAKTU OPERASI |
PESAKIT LUAR (KLINIK) |
||
Klinik Pakar Pediatrik |
Bangunan Poliklinik |
Ahad – Rabu (8.00am – 5.00pm) Khamis (8.00am – 3.30pm) Rehat (1.00pm – 2.00pm) |
Klinik Pediatrik Kardiologi |
Blok A aras 1 |
Ahad – Rabu (8.00am – 5.00pm) Khamis (8.00am – 3.30pm) Rehat (1.00pm – 2.00pm) |
Klinik Fetal Echo |
Blok A aras 1 |
Ahad & Selasa (8.00am – 1.00pm) |
DAYCARE |
||
Unit Rawatan Harian Pediatrik (Daycare) |
Klinik Pakar Pediatrik (Bangunan Poliklinik) |
Ahad – Rabu (8.00am – 4.00pm) Khamis (8.00am – 1.00pm) |
PESAKIT DALAMAN (WAD) |
||
Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) |
Blok B aras 2 (Bunga Raya 2) |
|
Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) |
Blok A aras 3 (Angerik 3) |
|
Wad Penjagaan Rapi Bayi (SCN) |
Blok A aras 4 dan aras 2 |
|
Wad Perubatan Pediatrik |
Blok B aras 3 (Bunga Raya 3) |
|
Wad Perubatan Pediatrik (Penyakit Berjangkit) |
Blok B aras 4 (Bunga Raya 4) |
|
PERKHIDMATAN SUB KEPAKARAN |
||
Pediatrik Kardiologi |
Blok A aras 1 |
|
Pallative Care Unit |
Klinik Pakar Pediatrik (Poliklinik) |
|
Pediatrik ICU |
Blok B aras 2 |
|
Neonatologi |
Blok A aras 3 |
|
LAWATAN PAKAR HOSPITAL DAERAH |
||
Hospital Pontian |
|
|
Hospital Kulai |
|
|
FUNGSI JABATAN
- Memberi perkhidmatan rawatan ‘secondary” dan ‘tertiary’ untuk pesakit dalam dan luar bagi bayi baru lahir serta kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Perkhidmatan rawatan boleh dilanjutkan bagi kanak-kanak berumur lebih 12 tahun bagi kes-kes tertentu.
- Pusat rawatan harian kanak-kanak pesakit yang tidak memerlukan kemasukan ke wad.
- Sumber rujukan bagi kes-kes subkepakaran dari hospital-hospital lain.
- Sebagai pusat latihan bagi Pegawai Perubatan dan Paremedik didalam bidang paediatrik.
- Pusat penyelidiakan klinikal dalam bidang pediatrik dan jaminan kualiti(Quality Assurance).
- Mengambil bahagian dalam menangani isu kesihatan kanak-kanak.
PIAGAM PELANGGAN
- Semua pelanggan dan keluarga yang menerima rawatan di Jabatan Pediatrik akan dilayan dengan mesra dan segera.
- Pesakit tenat dan kes kecemasan akan diperiksa oleh doktor dengan kadar segera.
- Pelanggan yang dimasukkan ke dalam wad akan ditempatkan di katil dalam masa ½ jam dan diperiksa oleh doktor dalam masa satu jam selepas kemasukan.
- Doktor Pakar akan memeriksa pesakit sekali semasa menerima rawatan di wad.
- Pelanggan di Klinik Pakar Pediatrik dan klinik jantung kanak-kanak akan dilayan oleh kakitangan klinik dalam masa 90 minit selepas didaftarkan.
- Pelanggan dan ibu-bapa akan diberi penerangan tentang penyakit yang dihidapi serta diberi pendidikan kesihatan yang perlu.