PENGENALAN
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental adalah satu jabatan yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan perawatan kepada mereka yang mengalami penyakit psikiatri dan masalah kesihatan mental .
Jabatan ini ditubuhkan pada tahun 1993, dengan permulaan perkhidmatan Klinik Pakar Psikiatri di Polikilnik Pakar . Klinik ini berpindah ke Bangunan Lili pada tahun 2013. Semenjak ditubuhkan, jabatan ini telah berupaya mempertingkatkan kepelbagaian dalam perkhidmatannya.
Pada tahun 2007, jabatan ini telah pun mempunyai wad psikiatri yang hanya menempatkan pesakit perempuan sahaja di bangunan PP3. Kapasiti semasa wad psikiatri ini ialah 20 katil. Wad ini berpindah ke Bangunan Rafflesia pada tahun 2016
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Sebagai pusat perkhidmatan psikiatri yang unggul dan berprestij yang menyediakan perkhidmatan rawatan, rujukan dan latihan yang berkualiti.
MISI
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efektif dan profesional dengan menjalankan aktiviti pencegahan, perawatan, pemulihan dan promosi kesihatan mental.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan pendiagnosan, rawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit bagi mengekalkan potensi dan kefungsiannya.
PERKHIDMATAN / RAWATAN YANG DITAWARKAN
- Klinik Pesakit Luar (Dewasa, Kanak-kanak dan Remaja serta Warga Emas)
- Rawatan Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Psikologi Kaunseling
- Rawatan Dalam Komuniti
- Perkhidmatan Consultation Liaison Psychiatry
MAKLUMAT LOKASI
Nama Klinik |
Lokasi |
Waktu Operasi
|
||
Klinik Psikiatri Dan Kesihatan Mental
|
Bangunan Lili (Berhampiran Kafeteria Balai Pelawat) |
Ahad
|
||
Pendaftaran
|
8 Pagi – 12 Tgh |
2 Ptg Hingga 4 Ptg |
||
Waktu Klinik |
8 Pagi- 1 Tgh |
2 Ptg Hingga 4.30 Ptg |
||
Kes Rujukan Baharu (Walk In) Terapi Dan Kaunseling
|
Kes Rujukan Baharu (Walk –In) Terapi Dan Kaunseling |
|||
Isnin – Khamis
|
||||
Pendaftaran |
8 Pagi – 12 Tgh |
2 Ptg Hingga 4 Ptg (Khamis Hingga 2.30 Ptg) |
||
Waktu Klinik |
8 Pagi – 1 Tgh |
2 Ptg Hingga 4.30 Ptg ( Khamis Hingga 3 Ptg) |
||
Kes Melalui Temujanji |
Kes Rujukan Baharu (Walk In) Terapi Dan Kaunseling |
Nama Wad |
Lokasi |
Wad Raflesia (No Telefon Wad: ext 2693) |
Bersebelahan dengan Bangunan Lili, HSAJB |
PIAGAM PELANGGAN
KLINIK PAKAR PSIKIATRI
- Perkhidmatan akan diberikan oleh Klinik Pakar Psikiatri adalah mengikut giliran atau keadaan pesakit.
- Memberi maklumat kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Menjamin kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit
- Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat
- Masa menunggu untuk berjumpa doktor ialah tidak melebihi 90 minit bagi lebih dari 90% pesakit.
WAD PSIKIATRI
- Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang sewajarnya.
- .Memberikan perkhidmatan yang adil tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra dan bertimbangrasa, hormat, sopan santun,jujur dan ikhlas.
- Memberi penjelasan perihal dan status pesakit, pelan rawatan dan risiko serta rawatan alternatif sekiranya perlu; dan
- Memastikan hal-hal peribadi/ sulit pesakit dipelihara.