PENGENALAN
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial merupakansalah satu bidang kepakaran dalam program kesihatan pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia yang fokus kepada kecederaan, ketumbuhan dan kecacatan bahagian kepala, leher, muka, rahang serta bahagian tisu keras dan tisu lembut bahagian mulut & maksilofasial.
Klinik Bedah Mulut telah ditubuhkan pada 1950 di General Hospital Johor Bahru (kini Hospital Sultanah Aminah) di mana Dr. Abdul Karim Nawab Din merupakan doktor Pakar Bedah Mulut yang terawal di negeri Johor.
Bermula 2016, Klinik Bedah Mulut telah menukar nama kepada Klinik Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial. Ini kerana perkembangan dari segi perkhidmatan yang diberikan yang bukan tertumpu kepada pergigian sahaja tetapi juga meliputi rawatan berkaitan masalah tulang rahang dan muka. Ini termasuk kes-kes kanser mulut dan rawatan pembedahan rekonstruksi tulang rahang.
VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
Untuk menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan pembedahan mulut yang berkualiti dengan memberi keutamaan kepada pesakit melalui proses kerja yang cemerlang, bertanggungjawab, positif dan progresif dalam persekitaran yang kondusif.
Misi
Kami sebagai kumpulan professional yang bertanggungjawab, penyayang dan dinamik akan bersama dengan masyarakat untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi memperbaiki status kesihatan mulut dan maksilofasial pesakit.
Objektif
- menjadi pusat kecemerlangan dalam kes-kes bedah mulut dan maksilofasial
- memberi rawatan yang terbaik dan efektif kepada pesakit
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Rawatan Pergigian
- Rawatan Pembedahan Kecil Gigi Geraham Bongsu
- Rawatan Implant Gigi
- Rawatan Patologi Mulut
- Rawatan Kanser Oral
- Rawatan Trauma Maksilofasial
- Rawatan Maksilofasial Prosthesis
- Rawatan Orthognatik Surgery
- Perkhidmatan Forensik Pergigian
KLINIK / WAD DI BAWAH JABATAN
- Klinik Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial, bangunan Poliklinik Pakar, HAS
- Ward multidisiplinari : West 2 (lelaki), West 5(perempuan)
MAKLUMAT LOKASI
Nama Klinik |
Lokasi |
Waktu Operasi Klinik |
Klink Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial
No tel : 07- 2257000 (samb: 2627)
|
Aras 3, Bangunan Poliklinik |
Ahad – Rabu 8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 5.00 petang
Khamis 8.00 pagi – 1.00 petang 2.00 petang – 3.30 petang |
PIAGAM PELANGGAN
Kami di bahagian Klinik Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial akan sedaya upaya untuk:
- 95% pesakit luar yang hadir ke klinik pakar akan mendapat rawatan dalam masa 75 minit dari waktu menuggu.
- Akan memberikan temujanji pertama untuk konsultasi dalam masa 30 hari dari waktu pertama kali dirujuk ke jabatan kami.
- Akan melindungi segala maklumat-malumat pesakit selari dengan akta data dan privasi kerajaan.
- Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun, amanah dan ikhlas sepanjang mendapatkan rawatan di klinik kami.