PENGENALAN
Bermula sebagai Unit Kemalangan dan Kecemasan, Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru mula dikenali sebagai sebuah jabatan pada tahun 2001. Jabatan kemudiannya telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di aras bawah di antara bangunan L&D dan bangunan induk pada 1 Februari 2009. Sehingga Oktober 2021, Jabatan Kecemasan Dan Trauma HSAJB telah melalui beberapa fasa naik taraf dan penubuhan unit-unit baru selaras dengan peningkatan kedatanga pesakit serta perkembangan Perawatan Perkhidmatan Perubatan kecemasan.
Ekoran peningkatan kes Covid 19 dan kes-kes respiratori di Jabatan Kecemasan Dan Trauma, jabatan telah merancang penubuhan Respiratory Infectious Complex (RIC) pada tahun 2019. Tujuan penubuhan RIC adalah untuk memberi perawatan kes-kes infeksi seperti Covid 19, MERSCOV, Ebola, Tuberculosis, Dafteria dan lain-lain. RIC ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato Dr Aman Bin Rabu pada 14 Oktober 2021.
Pada masa ini, jabatan mempunyai seramai 334 anggota yang terdiri daripada pelbagai jawatan iaitu Pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pemandu dan Pembantu Tadbir.
VISI, MISI & OBJEKTIF
Visi
“PROFESSIONALISME DAN KERJASAMA KE ARAH KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN KECEMASAN”
Misi
Kami komited untuk menyediakan rawatan yang tepat,cepat dan perkhidmatan penjagaan dalam cara yang sopan untuk memastikan keperluan dan kepuasan pelanggan di penuhi.
Objektif
- Memberikan perawatan Kecemasan bersepadu dan berterusan bermula dari perkhidmatan pra hospital sehingga ke hospital.
- Memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi setiap fasa pengurusan kritikal bermula dari perkhidmatan pra hospital, perkhidmatan triage dan pengurusan pesakit di zon-zon khas iaitu Kritikal, Separa Kritikal dan Tidak Kritikal.
- Memastikan perawatan yang tepat, efisyen, efektif melibatkan resusitasi, pengstabilan, diagnosis dan pelaksanaan prosedur menyelamatkan nyawa.
- Memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit melalui pendekatan berkumpulan yang terdiri daripada Pakar Perubatan Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Pre-Hospital Care and Ambulance Services (PHCAS)
- Perkhidmatan Ambulan Kecemasan
- Penghantaran Pesakit intra dan Inter fasiliti
- Pusat Koordinasi Panggilan Kecemasan (MECC)
- Mass Casualty Incident dan Pengurusan Bencana
- Liputan Perlindungan Pasukan Perubatan
Perkhidmatan Perawatan Kesihatan
- Perkhidmatan Triage
- Rawatan Perubatan Kecemasan
- Observational Medicine
- One Stop Crisis centre (OSCC)
- Sub-kepakaran Emergency Trauma Care and Critical Care
Perkhidmatan Tambahan
- Klinik Rawatan Pesakit Luar selepas waktu pejabat (KRPWSP)
- Point Of Care Testing(POCT)
- Latihan dan Pendidikan
WAKTU OPERASI
|
Waktu Operasi |
Kes Kecemasan · Kritikal (Zon Merah) · Semikritikal (Zon Kuning) · Kecemasan bukan kritikal (Zon Hijau) |
24 jam |
Klinik Rawatan Pesakit Luar Selepas Waktu Pejabat (KRPSWP) (Kes Bukan Kecemasan)
|
Ahad hingga Khamis 7 malam sehingga 11.30 malam
Jumaat & Sabtu 8.00 pagi hingga 11.30 malam
Cuti umum 8.00 pagi hingga 11.30 malam
|