PENGENALAN
Unit Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Sultanah Aminah telah ditubuhkan pada 1992. Diawal penubuhannya unit ini hanya terdiri daripada seorang pakar dan 2 orang kakitangan sokongan iaitu seorang Pembantu Pembedahan Pergigian dan seorang Pembantu Perawat Kesihatan. Walaubagaimanapun setelah lebih sedekad ditubuhkan unit ini telah berkembang dan dianggotai lebih daripada 10 kakitangan dari pelbagai perjawatan.
JENIS RAWATAN
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Hopsital Sultanah Aminah merupakan pusat rujukan untuk rawatan pergigian kanak – kanak dibawah 16 tahun (kes-kes trauma dibawah 12 tahun). Rujukan hendaklah diperolehi daripada pegawai pergigian atau perubatan kerajaan atau swasta. Berikut adalah golongan pesakit yang dirujuk dan dirawat di klinik ini:-
a)Kanak – kanak keperluan khas
b)Kanak – kanak bermasalah perubatan
c)Kanak – kanak yang tidak bekerjasama dan memerlukan rawatan pergigian komprehensif dibawah pembiusan am
d)Kanak – kanak yang mengalami trauma tisu lembut, maksilofasial dan trauma pergigian
e)Kanak – kanak yang mempunyai patologi mulut
f)Kanak – kanak yang memerlukan rawatan interceptive orthodontic dan rundingan bersama di klinik orthodontik
g)Kanak – kanak yang mempunyai anomali gigi, dentofasial dan memerlukan alat prostetik maksilofasial
WAKTU OPERASI
Rawatan Pesakit Luar
Isnin – Khamis
8.00 am - 1.00 pm
2.00 pm - 5.00pm
Jumaat
8.00 am - 12.15 pm
2.45 pm – 5.00 pm
Pembedahan
· Rabu (minggu kedua & keempat setiap bulan) 8.00 am – 5.00 pm
Kecemasan
Selepas waktu pejabat, Hari Sabtu & Ahad dan hari – hari kelepasan am, pesakit akan diperiksa dan dirawat oleh pegawai pergigian bertugas atas panggilan