PENGENALAN
Perkhidmatan Terapi Cara Kerja bermula di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) pada tahun 1974. Kini, Unit Terapi Cara Kerja telah diserapkan di bawah Jabatan Rehabilitasi bermula pada tahun 2008. Perkhidmatan terapi cara kerja merupakan satu bidang rawatan pemulihan dan penjagaan kesihatan yang memfokuskan kepada membantu individu, kumpulan atau populasi klien daripada segenap lapisan umur melibatkan diri dan melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan masa lapang yang terganggu akibat masalah fizikal, psikologikal atau sosial.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
- Meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui penglibatan di dalam aktiviti kehidupan seharian.
MISI:
- Menyampaikan perkhidmatan terapi cara kerja yang komprehensif, berkualiti dan boleh diakses oleh klien;
- Memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kesihatan;
- Melahirkan tenaga kerja terapi cara kerja yang berdedikasi, profesional dan berkepakaran tinggi; dan
- Mewujudkan sistem dan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kehidupan seharian.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kebolehcapaian kesihatan yang menawarkan perkhidmatan terapi cara kerja kepada klien;
- Meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran penjagaan kesihatan bagi memperkasakan penjagaan kesihatan rakyat;
- Mengenalpasti dan membangunkan kepakaran di dalam perkhidmatan terapi cara kerja yang ditawarkan; dan
- Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mewujudkan persekitar yang menyokong dan boleh diakses oleh semua pihak.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Perkhidmatan Pemulihan Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Pemulihan Pesakit Luar
- Perkhidmatan Pemulihan bidang Pengkhususan
- Perkhidmatan Pemulihan Out-Reach
- Pengurusan dan Pentadbiran Unit
WAKTU OPERASI
- Hari Ahad - Rabu
Waktu Rawatan 7:30 pagi - 1:00 tengah hari
2:00 petang - 5:00 petang
- Hari Khamis
Waktu Rawatan 7:30 pagi - 1:00 tengah hari
2:00 petang - 3:30 petang
Tutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Hari Kelepasan AM
PIAGAM PELANGAN
Perkhidmatan terapi cara kerja, sentiasa beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan
- Setiap klein akan menerima perkhidmatan terapi cara kerja yang profesional, berkualiti dan selamat.
- Setiap klein akan menerima perkhidmatan terapi cara kerja yang sewajarnya mengikut keperluan pengguna.
- Setiap klien akan menerima penerangan yang jelas mengenai perawatan terapi cara kerja yang akan diterima.
- Setiap klien akan dilihat dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
- Setiap klien akan diberikan temujanji susulan mengikut keperluan dan dalam tempoh yang sesuai.
- Setiap klien akan dilayan dengan baik, mesra, bersopan-santun dan penuh rasa hormat.
- Setiap maklumat klien akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak lain dengan keizinan seperti tertakluk di dalam undang- undang