PENGENALAN
Dalam usaha melonjakkan imej Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), mekanisma terpenting adalah melalui kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelanggan dalaman dan luaran. Unit Komunikasi Korporat (UKK) yang dahulunya dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam (UPA) mula ditubuhkan pada tahun 2007 dan telah melalui fasa penjenamaan semula pada tahun 2012. UKK merupakan sebuah unit yang bertindak sebagai perantara pihak HSAJB dengan orang awam, pelanggan dan pihak media dalam menyampaikan dan menyalurkan maklumat berhubung perkhidmatan yang disediakan, fakta dan situasi HSAJB. Bagi meningkatkan dan melestarikan imej korporat HSAJB serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian, UKK telah mengadakan usaha penyebaran maklumat lebih berorientasikan pelanggan. Unit ini terdiri daripada Pegawai Kader Jabatan Penerangan Malaysia Gred S44/S41, Gred S32 dan Gred S29 dan dibantu oleh Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) Gred N19 / N22 (KUP) yang bertugas di Kaunter Mesra, Poliklinik Pakar HSAJB. Unit ini juga menyelia 12 orang PKP Gred N19 dan N22 yang bertugas di Seksyen Khidmat Pelanggan.
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
- Menjadikan khidmat perhubungan awam sebagai medium yang berkesan dalam pembentukan imej hospital dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
MISI
- Membentuk kearah perkhidmatan yang berkualiti dengan membudayakan cara kerja proaktif untuk kecemerlangan hospital dan memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh (stakeholders).
OBJEKTIF
- Mewujudkan perhubungan baik antara Hospital dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif Kementerian Kesihatan Malaysia secara keseluruhan;
- Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Hospital melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak;
- Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Hospital melalui penerbitan bahan cetakan seperti laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto dan video;
- Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan Hospital diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
- Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan perawatan di Hospital diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan;
- Menyelaras lawatan dan program pihak luar ke hospital;
- Mengurus hebahan mayat yang tidak dituntut;
- Mengurus hebahan pesakit yang tidak dituntut oleh waris; dan
- Menyelaras permohonan penggambaran pihak luar.
DIREKTORI
NAMA | JAWATAN | GRED | SEKSYEN | E-MEL | NO. SAMB |
MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHD JALIL |
PEGAWAI PENERANGAN |
S41 |
KETUA UNIT |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3456 |
NURUL NABILAH BINTI YATNAR |
PEGAWAI PENERANGAN |
S41 |
SEKSYEN MAKLUM BALAS |
|
3456 |
SITI NAZIERAH BINTI ABD KADIR |
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN |
S32 |
SEKSYEN MAKLUM BALAS |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3456 |
MASUANA BINTI HASSIM |
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN |
S32 (KUP) |
SEKSYEN MAKLUM BALAS |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3456 |
NOOR SHAZUAN BIN MD NORDIN |
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN |
S29 |
SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2722 |
SHAHARAH SALWA BINTI SAARI |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
KAUNTER MESRA |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2321 |
SHAZILA BINTI SHAHRI |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
KAUNTER MESRA |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2321 |
SITI ZUBAIDAH BINTI NGHDIO |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
KAUNTER MESRA |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2321 |
JAIRANI A/P KASI NAIDU |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2030 |
NOOR AMMILIA BINTI YAHYA |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
SUHAIZA BINTI AMZAH |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
NOORAZAWANI BINTI MOHAMAD NOOR |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
NORASHIKIN BINTI ABU BAKAR |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N22 (KUP) |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
SAILAH BINTI SALONGKUD |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
NORWASILAH BINTI ABAS |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
NOR AFIZA BINTI AHAMAD |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
SUCYANNA ANAK HENISI |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
ADAM BIN RAHMAT |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
MUHAMMAD RIDZUAN BIN MANSUR |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
NURUL LIYANA BINTI MOHAMAD |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
N19 |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
NOORELLINA BINTI ABDL TALIB |
PERSONEL MYSTEP |
- |
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN |
- |
0 |
MUHAMMAD NUR RADZI BIN MUSTAFA |
PERSONEL MYSTEP |
- |
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT |
- |
2722 |
PERKHIDMATAN YANG DI SEDIAKAN
- Seksyen Maklum Balas :
- Memperakui penerimaan aduan (Surat Akuan Terima Aduan (SATA)) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima;
- Menyelesaikan segala aduan pelanggan dalam tempoh 15 hari waktu bekerja; dan
- Menyelaras penyediaan maklum balas isu dalam tempoh 15 hari waktu bekerja.
- Seksyen Hal Ehwal Korporat :
- Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan Hospital;
- Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan HSAJB setahun sekali;
- Merancang dan menyediakan pembangunan pelan media dan komunikasi Hospital;
- Memantau dan mengemaskini kandungan media sosial Hospital seperti Facebook setiap hari waktu bekerja;
- Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima;
- Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai HSAJB; dan
- Menguruskan sumbangan dan lawatan di peringkat Hospital.
- Seksyen Khidmat Pelanggan :
- Bertanggungjawab dalam mengendalikan semua panggilan telefon yang menggunakan nombor talian telefon umum hospital. Panggilan telefon ini termasuk daripada pelanggan dalaman atau luaran;
- Sumber untuk menyampaikan sebarang info berkaitan masalah yang dihadapi oleh pelanggan dalaman dan luaran;
- Pengaturcaraan speed dial kepada anggota hospital termasuk menyedia dan mengemaskini nombor telefon anggota untuk rujukan;
- Merekod dan membuat aduan kerosakan / gangguan talian untuk tindakan segera dari pihak terlibat agar tidak menjejaskan perkhidmatan;
- Merekod dan mengemaskini senarai anggota hopsital yang bertugas di Borang Jadual Tugas Pegawai Atas Panggilan untuk rujukan Hospital Daerah, Jabatan Kecemasan dan Trauma dan Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi;
- Menguruskan panggilan bencana apabila mendapat arahan / perintah panggilan bencana mengikut senarai panggilan pada Borang Semak Panggilan yang disediakan; dan
- Menyemak permohonan pemasangan telefon / sambungan baharu.
- Kaunter Mesra :
- Memberi salam hormat kepada pelanggan yang hadir;
- Bertindak sebagai barisan hadapan untuk memberi layanan kepada pelanggan yang hadir dengan mengamalkan budaya kerja penyayang, profesionalisma, kerja berpasukan dan berkomunikasi dengan berkesan;
- Menguruskan pertanyaan daripada pelanggan yang hadir ke hospital;
- Memberi tunjuk ajar dan tunjuk arah kepada pelanggan yang hadir ke hospital sekiranya pelanggan tidak pasti atau tidak tahu mengenai sesuatu perkara;
- Memberi bantuan yang sewajarnya kepada pelanggan yang hadir ke hospital’
- Penyediaan laporan kedatangan pelanggan ke hospital di Kaunter Mesra;
- Membuat saringan kepada pelanggan yang hadir ke hospital di Kaunter Mesra dan membuat pemeriksaan dan laporan penggunaan kerusi roda (wheelchair) atau pengusung pesakit (stretcher);
- Memastikan shuttle bus dalam HSAJB tiba di lokasi mengikut waktu yang ditetapkan sekiranya dimohon oleh pelanggan atau pesakit; dan
- Membantu membuat pengumuman untuk hal-hal berkaitan.
WAKTU OPERASI
SEKSYEN MAKLUM BALAS & HAL EHWAL KORPORAT :
- Ahad - Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
- Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
- Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup
SEKSYEN KHIDMAT PELANGGAN :
- Ahad - Sabtu termasuk Cuti Umum : 24 jam (mengikut syif)
KAUNTER MESRA :
- Ahad - Rabu : 6.30 pagi - 5.00 petang
- Khamis : 6.30 pagi - 3.30 petang
- Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan berhak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya tanpa mengira umur, jantina, agama atau taraf sosio ekonomi;
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, prihatin, hormat, bersopan-santun dan ikhlas;
- Perkhidmatan akan diberi sebaik mungkin secara profesional;
- Pengeluaran Surat Akuan Terima Aduan (SATA) kepada pengadu dalam tempoh 24 jam dari tarikh maklum balas diterima;
- Penyelesaian dan penyediaan maklum balas aduan dalam tempoh 15 hari waktu bekerja; dan
- Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh program dan mengedarkannya kepada media.